Warga AS mempertahankan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan oleh salah seorang pengulas politik negara itu.
Baru-baru ini, Bill O’Reilly menghina Malaysia dengan menyatakan pendapatan isi rumah tahunan per kapita Malaysia ialah AS$5,731, jauh beza dengan Amerika.
Baca Juga:
- Bill O’Reilly ‘Koyak’, Hentam Kenyataan PMX
- ‘Orang Malaysia Mana Ada Duit’ – Wartawan US Ini Beritahu Xi Jinping
- Taktik Peniaga China Elak Cukai Trump, Dakwa Barang Jualan ‘Made In Malaysia’
Menerusi satu hantaran di TikTok oleh pemilik akaun @ugoeverywhere, warga AS itu menyeru agar rakyat Malaysia mengabaikan O’Reilly.
Warga AS Anggap Bill O’Reilly Bodoh
@ugoeverywhere My message to Malaysians is ignore US Fox News commemtator, Bill O’Reilly. He knows clearly nothing of SEA and especially of Malaysia. I had not seen that news until some of you pointed that out in another of my post. #malaysia #kualalumpur #billoreilly #stupid #stupidity #malaysianshavemoney #xijinping #tariffs #us
“Mesej saya kepada rakyat Malaysia, abaikan Bill O’Reilly. Beliau tidak tahu apa-apa tentang negara Asia Tenggara, terutamanya Malaysia.
“Saya sendiri tidak sedar tentang isu ini sehingga ada dalam kalangan anda yang menyebut saya.
“Kepada pengikut saya di AS, saya ingin tunjukkan taman di luar KLCC yang dikelilingi bangunan tinggi. Inikah yang dimaksudkan dengan ‘tiada wang’?,” soal warga AS itu.

Bill memberikan komen balas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai beliau.
Presiden China, Xi Jinping melawat Malaysia, Vietnam dan Kemboja minggu lepas sebagai sebahagian daripada lawatan serantau di tengah-tengah perang perdagangan dengan AS berhubung tarif 145% yang tinggi ke atas China.
O’Reilly mempersoalkan nilai ekonomi tiga negara selepas mendakwa mereka “tiada wang” untuk membeli produk China, dengan Anwar kemudian menyatakan bahawa O’Reilly mempunyai pandangan dunia sempit yang dibentuk oleh imperialisme dan kolonialisme.

“Sebagai perbandingan, pendapatan isi rumah AS per kapita ialah AS$42,220. Itu akan menjadi lapan kali ganda daripada apa yang anda dapat.
“Jadi jika anda (rakyat Malaysia) mahu membeli topi dan anda hanya membuat AS$5,000 setahun, anda tidak akan membelinya. Anda juga tidak mendapat makanan Cina di Kuala Lumpur. Anda hampir tidak makan. Jadi Perdana Menteri, saya ucapkan selamat maju jaya.
“China tidak akan dapat menjual barangannya di negara anda, atau Vietnam, atau Kemboja. Faham?
O’Reilly berkata beliau pernah melawat Malaysia sebelum ini, yang disifatkannya sebagai sebuah negara yang “cantik” tetapi dalam masa yang sama “rumit”.
“(Saya) mahu anda berjaya, tetapi ‘penjajah’ ini telah memberitahu anda tentang kebenaran,” sindirnya.