Warga asing yang didapati mengeluarkan sebarang kenyataan tidak tepat atau berniat memburukkan Malaysia boleh dibatalkan pas imigresen mereka selain diminta meninggalkan negara ini dengan serta merta.

Itulah penjelasan daripada Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud ketika diminta mengulas dokumentari Locked Up in Malaysia’s Lockdown yang diterbitkan Al Jazeera sebelum ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Dokumentari yang tular itu sejak beberapa hari ini memaparkan situasi penahanan warga asing dalam negara ketika operasi kawalan berkait COVID-19 sebelum ini menerima reaksi negatif daripada netizen dengan rata-rata berpendapat ianya adalah tidak tepat.

Ia juga turut menerima respons daripada Menteri Kanan Kluster Pertahanan Ismail Sabri Yaakob yang menjelaskan laporan tersebut sebagai tidak benar dan mengelirukan.

Justeru itu, Datuk Khairul Dzaimee Daud justeru mengingatkan pemegang pas jangka panjang agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan mengenai negara ini.

“Mereka berdepan risiko pembatalan pas dan akan diminta meninggalkan negara ini serta-merta, jika kenyataan berkenaan tidak tepat dan bertujuan memburuk-burukkan imej Malaysia,” katanya kepada Bernama seperti dipetik Harian Metro pada semalam.

Mengulas mengenai dokumentari tersebut juga, Khairul berpendapat ianya adalah tidak benar kerana tidak mengambil kira fakta sebenar.

Ini katanya kerana daripada lebih 3,000 warga asing yang diperiksa hanya seramai 586 orang sahaja yang ditahan untuk siasatan lanjut.

Malah tindakan mereka juga memberi rawatan percuma kepada 773 warga asing yang didapati positif Covid-19 di Depot Tahanan Imigresen (DTI) turut menerima penghargaan daripada kedutaan asing.

Dokumentari Al Jazeera yang dimuat naik sejak tiga hari lalu itu menerima kecaman daripada netizen kerana kebanyakan fakta dikatakan tidak tepat. Baca mengenainya di pautan di bawah. 

Laporan Salah Al Jazeera Bangkitkan Kemarahan Rakyat Malaysia

Netizen Meluat Lelaki Bangladesh Ini Cuba Raih Simpati Walaupun Mengaku Mereka Adalah PATI

Sumber