Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus menggempur sarang warga asing yang aktiviti perniagaan tidak berlesen di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang) dan Lebuh Pudu, lapor Berita Harian.
Tindakan tersebut berikutan penyebaran video di media sosial yang memaparkan aktiviti penjajaan oleh warga asing di kawasan berkenaan.
Baca Juga:
- Bukan Peragut, Warga Asing Larikan Diri Sebab Tak Ada Lesen
- Warga Asing ‘Sapu’ Laluan Basikal Jadi Tapak Meniaga Makanan
Pasukan penguat kuasa DBKL telah hadir ke lokasi berkenaan dan menyita barangan serta menjalankan tindakan penguat kuasaan terhadap tujuh penjaja warga asing yang dikesan menjual sireh, makanan, dan pakaian terpakai tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Menurut kenyataan DBKL, tindakan diambil selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016.
Semua barangan yang disita telah dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tujuan dokumentasi dan rekod.
DBKL menegaskan bahawa mereka akan terus memantau kawasan tersebut dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap pelanggaran yang dikesan.
Masyarakat yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan dengan aktiviti penjajaan warga asing diminta untuk menghubungi DBKL melalui portal adu@kl di pautan adukl.dbkl.gov.my.