Tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki tempatan mempersoalkan tindakan seorang warga Bangladesh yang didakwa memandu sebuah lori di jalan raya di Malaysia.

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan bertanya sama ada warga Bangladesh itu mempunyai lesen memandu lori. Namun, lelaki Bangladesh itu menjawab dia tiada lesen memandu Malaysia, tetapi dia ada lesen memandu antarabangsa.

Lelaki tersebut menegur warga Bangladesh itu yang memasuki jalan kampung, dan boleh membahayakan orang awam kerana dia memandu tanpa lesen.

Namun pemandu lori warga Bangladesh itu menyalahkan aplikasi Waze yang membawa dia ke jalan itu.

Lelaki tempatan itu kemudian mengingatkan warga Bangladesh itu bahawa dia membelanjakan RM3,000 untuk mendapatkan lesen lori, sedangkan warga asing tersebut senang-senang bawa lori tanpa lesen.

Lalu lelaki tempatan itu bertanya, warga Bangladesh itu bekerja dengan syarikat apa, sebelum dia beredar.

Video tersebut tular di platform media sosial. Dan ramai netizen meminta agar pihak berkuasa menyiasat perkara itu, terutama sekali syarikat tempat warga asing itu bekerja.

Yang lain kehairanan: “Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku? Seorang warga asing dengan berani membawa lori di jalanraya.”

Seterusnya ada yang menyarankan lelaki tempatan tersebut segera membuat laporan polis tentang perkara itu.

@sham6910

#kenangan #shamplumbingservis #tukangpaipmelaka #✌️ #fyp

♬ bunyi asal – ShamPlumbing – ShamPlumbing