Saban tahun, negara kita sering kali melihat aksi kemalangan jalan raya yang menyentuh hati yang rata-ratanya telah mengorbankan penunggang motosikal dan penghantar makanan.
Baru-baru ini, satu kemalangan telah berlaku di Jalan Jerantut ke Temerloh, Pahang melibatkan seorang penunggang motosikal berusia 80 tahun yang dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dengan pelanggaran dan diheret sejauh tiga kilometer oleh seorang pemandu Nissan Frontier pada sekitar jam 8.30 pagi semalam, lapor Harian Metro.
Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah parah akibat kecederaan di bahagian muka, bahu kiri dan patah tulang rusuk. Dalam pada itu, aksi insiden ini sempat dirakam menerusi dashcam milik seorang pemandu dan ia tular di media sosial.
Temerloh: Warga emas, Abu Samah@Mohd Tahir Singah, 80, maut selepas dia dan motosikal ditunggangnya diseret sejauh tiga kilometer oleh Nissan Frontier di Kilometer 10, Jalan Jerantut-Temerloh pagi semalam.https://t.co/F5zj3WFYRF pic.twitter.com/bCaL3mW4m6
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) April 11, 2021
“Setiba di tepi tempat kejadian, kami telah menyiasat dan mempercayai bahawa mangsa ingin memasuki ke simpang di sebelah kanan.
“Semasa ingin membelok, sebuah kereta Nissan Frontier yang dipandu oleh seorang lelaki warga Indonesia bersama dua penumpang warga Bangladesh telah merempuh mangsa. Mangsa kemudiannya diseret sejauh tiga kilometer sebelum jatuh,” kata Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman seperti dipetik menerusi laporan Harian Metro.
Difahamkan, jenazah mangsa kini dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh bagi siasatan selanjutnya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengankutan Jalanraya (APJ) 1987. Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa agar rohnya tenang di alam sana.
Mahu elak pembaziran, DBKL larang pemberian makanan secara terus di bulana Ramadan. Baca lagi pada pautan di bawah.
Mahu Elak Pembaziran, DBKL Larang Beri Gelandangan Makan Secara Terus Pada Bulan Ramadan
The Rock Sedia Jadi Presiden Amerika Syarikat Jika Diberi Peluang
Netizen Persoal Layanan ‘Double Standard’ Setelah Penganjur Sukan Lumba Dikompaun RM20,000