Pada tahun 2023 lalu jenama kopi tempatan, ZUS Coffee mengumumkan pengembangan perniagaan mereka ke luar negara, iaitu di Filipina.

Penerimaan ZUS Coffee di Filipina kelihatan positif, dengan ramai pelanggan yang memuji rasa unik dan harga yang ditawarkan.

Baca Juga:

Strategi pemasaran digital yang agresif, termasuk penggunaan media sosial dan aplikasi mudah alih, telah membantu jenama ini membina kesedaran dan menarik pelanggan baharu.

Sehinggakan ramai memuji jenama kopi tersebut dan memenangkannya daripada Starbucks yang sudah lama bertapak di negara tersebut.

ZUS Coffee lebih bagus daripada Starbucks

“ZUS Coffee lebih bagus daripada Starbucks, tapi jangan bising-bising sangat, nanti mereka merajuk. Charot (Bergurau),” kata X.com @macronikki.

Katanya lagi, lagi ZUS Coffee menawarkan sistem mata ganjaran yang sangat hebat.

“Mereka juga ada misi dalam aplikasi yang anda boleh sertai untuk dapatkan lebih banyak mata. Saya dah tukar hampir 1000 mata dan dah guna untuk kopi. Pendek kata, mereka tak kedekut. Pastikan sentiasa order melalui aplikasi,” tambah X.com @macronikki.

Kenyataan akaun X itu turut dipersetujui oleh netizen lain.

“Memang sedap betul! Rasa dia lain daripada kopi-kopi lain,” – X.com @salingpusalang

“Straw boleh dimakan, rasa sedap dan rangup,” – X.com @genomyntt

“Sangat-sangat setuju! Harap ada pilihan saiz! Saya nak yang besar!” – X.com @MikeVee_Alter

“”Setuju. Kopi sedap tapi tak mahal,” – X.com @ecp052115

'ZUS Coffee Lebih Bagus Daripada Starbucks' – Peminat Kopi Di Filipina
Sumber Gambar: Threads @liewphilkw
'ZUS Coffee Lebih Bagus Daripada Starbucks' – Peminat Kopi Di Filipina
Sumber Gambar: Threads @liewphilkw

Daripada komen-komen yang dikongsikan, selain air kopi, pelanggan turut menyukai air Matcha dan air tembikai yang ditawarkan ZUS Coffee Filipina.

Setakat artikel ini ditulis, terdapat kira-kira 28 lokasi kedai kopi itu berada di seluruh Filipina pada ketika ini.

Antara lokasi-lokasi tersebut adalah Eh Ya Plaza, SM City Masinag, Tutuban Center, MC Square Midanao Ave, SM Seaside City Cebu, Robinsons City East dan NBS Commercial Complex.

Selain itu juga ZUS Coffee turut berada di Bank of Makati Building, Shell Arnaiz Harrison, Unioil Novaliches, Four e-Com Center, Greenfield District Zitan, The Grand Hamptons 1, One Legarda, Starmall Edsa – Shaw dan Vistamall Antipolo.

'ZUS Coffee Lebih Bagus Daripada Starbucks' – Peminat Kopi Di Filipina
Sumber Gambar: Facebook ZUS Coffee Phillipines