Zhidin Aziz sememangnya sering berhujah dan memberikan pandangan tegas mengenai isu-isu awam di Malaysia dan dahulu pernah membahaskan isu nama Malaysia dikatakan meniru nama Indonesia oleh seorang lelaki di negara jiran itu.
Terkini, video argumen miliknya didapati mendapat respon dari seorang individu Indonesia di YouTube dan memuat naik video berdurasi hampir 1 jam untuk mematahkan fakta dan kenyataan berhubung isu tersebut.
Punya panjang lebar yang dihuraikan oleh lelaki itu dan dilihat mendapat sokongan hebat dari netizen Indonesia lain di dalam ruangan komentar.
Tampak jelas kebencian terhadap negara Malaysia apabila nama akaun YouTubenya itu mempunyai nama Malaysia yang diubah menjadi ejekan kepada ‘Malaydesh’ dengan sengaja. Termasuk di dalam video yang diucapkan berulang-kali.
Anda boleh lihat sendiri video di bawah:-
Perkara ini telah mendapat perhatian tuan badan sendiri dan dia memuat naik satu ayat ringkas menunjukkan betapa terkejut melihat lelaki terbabit bersungguh-sungguh berhujah selama sejam walhal video penjelasan yang tular itu hanya sekitar seminit sahaja.
“Gila! Warga Indonesia sorang ni ambil masa 1 jam untuk patahkan hujah saya yang 1 minit” tulisnya di laman Threads.
Hantaran beliau mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya hanya mampu tersenyum melihat gelagat segelintir individu dari negara seberang yang sanggup membuang masa hanya untuk berdebat untuk perkara yang tidak penting.
Dalam pada itu, ada yang sudah melihat komentar dan menonton video tersebut mendakwa tiada hujah berasaskan fakta yang ditampilkan tetapi lebih kepada berupa hinaan dan mengeji sahaja.