Rakyat Malaysia sememangnya cukup dikenali dengan sifat saling bantu-membantu tanpa mengira latar belakang atau agama lebih-lebih lagi di dalam waktu kesusahan.

Seperti yang dipaparkan di dalam satu video yang dikongsikan semula di X oleh pengguna @kamaghul, di mana dua orang lelaki tempatan yang sanggup mengangkat seorang kelainan upaya dengan kerusi roda naik tangga ekoran lif KTM yang sedang diselenggara.

Di dalam video itu, kelihatan seorang lelaki tersebut menggunakan kerusi rodanya untuk menekan kad di pintu masuk stesen kereta api.

Pada mulanya, dia mahu menggunakan fasiliti lif, namun didapati lif  rosak tersebut sedang dalam penyelenggaraan.

Bagaimanapun, dua lelaki tempatan tampil ke hadapan berganding bahu mengangkat kerusi roda lelaki tersebut menaiki tangga yang panjang itu.

Seorang lelaki memegang bahagian hadapan kerusi itu kemudian disokong oleh seorang lelaki lain pada bahagian belakangnya untuk naik ke atas.

Walaupun kelihatan ada sedikit kesukaran sewaktu mengangkatnya, ia tidak mematahkan semangat kedua-dua pemuda itu untuk membawa naik sehinggalah ia sampai di tingkat atas.

Tindakan murni yang dipamerkan oleh kedua-dua lekai itu langsung meraih pujian dari netizen di media sosial.

Ramai juga menyatakan betapa baiknya mereka yang sanggup mengangkat bebanan berat meskipun sedang berpuasa yang pasti akan menggunakan tenaga yang banyak.