Memegang status sebagai negara dunia pertama atau first world countries tidak semestinya menjanjikan cara pengendalian COVID-19 yang baik dalam kalangan negara-negara ini.

Contoh terbaik adalah Amerika Syarikat yang sebelum ini dikatakan sebagai negara paling maju di dunia pun masih bergelut dengan pengendalian wabak membunuh yang berasal dari kota Wuhan ini.

Bukan saja bergelut dengan bilangan kes yang meningkat setiap hari dan perangai rakyatnya yang degil, tetapi petugas kesihatan mereka juga dikatakan mempunyai kekangan untuk memberikan perkhidmatan terbaik sehingga ada yang terpaksa melakukan protes di hadapan White House.

Bagaimanapun di saat mata semua tertumpu kepada AS dan kelemahan mereka dalam menangani pandemik ini ketika ini, mungkin ramai dalam kalangan kita yang terlepas pandang kepada salah satu negara termaju di benua kita, Jepun.

Sehingga artikel ini ditulis negara Jepun yang juga tersenarai sebagai first world country sudah pun mencatatkan sejumlah 12,368 kes dan 328 kematian, berdasarkan data yang dibekalkan laman worldometers.info/coronavirus.

Pandangan warga Malaysia di Jepun

Menurut Sufi Norhany, warga Malaysia yang berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Jepun menjelaskan mereka yang pernah mengikuti perkembangan kerajaan negara matahari terbit itu menguruskan COVID-19 pasti tahu akan kesulitan dan kerumitan yang berlaku di sana ketika ini.

“Kalau masuk grup international residents,  ramai yang mengadu tidak boleh berjumpa dengan doktor jika demam teruk dan sebagainya. Sebab tiada hospital dan klinik yang hendak terima,” katanya.

Tambah beliau lagi, keadaan sistem kesihatan di sana menjadi sedemikian selepas berlakunya krisis COVID-19 ketika ini.

“Semua klinik dan hospital terpaksa bersikap pentingkan diri sendiri untuk lindungi staf dan pesakit sendiri sebab kerajaan tak nak bagi bantuan lebih,” jelasnya lagi.

Beliau pada masa sama turut mengingatkan agar rakyat Malaysia tidak membuat perancangan untuk ke negara tersebut jika sekatan perjalanan tidak lagi dilaksanakan nanti.

Ini katanya kerana cara pengendalian wabak tersebut yang agak teruk jika dibandingkan dengan negara lain ketika ini.

“Percayalah saya. Kerajaan Malaysia tangani (COVID-19) lagi bagus […].

“Tak payah datang sampai semua reda. Tak pun sampai kerajaan (Jepun) bertukar ke. Yang susahnya korang nanti,” kongsinya dalam hantaran yang dibuat di grup Facebook Road TO Japan.

Kerajaan Malaysia sebelum ini memang diiktiraf dan terbukti sebagai salah satu negara terbaik dalam menangani situasi COVID-19 ketika ini. Baca perkongsian lain kami di bawah untuk mengetahui lebih lanjut. 

Dipilih 3 Terbaik Dunia Kendalikan COVID-19, Dr Noor Hisham ‘Kini Trending’ Di Twitter

Malaysia Cecah 2,000 Kesembuhan Di Saat Dunia Menghampiri Kes Positif Ke-2 Juta

Ini Sebab Malaysia Diiktiraf Sebagai Negara Terbaik Tangani Penularan Covid-19

Sumber