Di sebuah kejiranan di Johor Bahru, budaya harmoni perayaan Tahun Baharu Cina bertembung dengan salah faham yang mencetuskan perdebatan dan rasa tidak puas hati.
Kejadian yang kini tular di media sosial Facebook itu dimuat naik oleh Omika QiQi, di mana dia menceritakan kejadian salah faham oleh seorang warga Singapura yang tinggal di Johor kerana rasa tidak puas hati dengan bunyi bunga api.
Baca Juga:
- Malaysia Dan Singapura Disenarai Negara Paling Kurang ‘Makan Rasuah’
- Media Singapura Dengki Malaysia Mampu Seri Dengan Korea Selatan
Jiran warga Singapura itu menyatakan rasa kurang senang beliau dengan bunyi bunga api yang dimainkan lewat malam sehingga menggangu anaknya yang mahu tidur.
Susulan kejadian itu, platform media sosial telah membuak menjadi medan pertempuran dalam meluahkan rasa pendapat yang berbeza. Ada yang bersimpati dengan nasib jiran Singapura tersebut, yang lain pula bertegas bahawa ia adalah sebahagian daripada tradisi perayaan di Malaysia.
“Ini CNY, dan begitulah musim perayaan di Malaysia. Ia penuh dengan suasana yang meriah. Anaknya bangun 5 kali? Tidurkan lah dia balik,” kata seorang pengguna, merangkum sentimen ramai yang menekankan kepentingan menghargai kepelbagaian budaya.