Dalam usaha bersepadu imigresen dalam menangani isu pendatang tanpa izin, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah menjalankan satu operasi dengan menahan beberapa individu, termasuk seorang warga Singapura yang telah tinggal di Malaysia selama 13 tahun tanpa dokumen yang sah.

Menurut kenyataan JIM Johor semalam, operasi yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi itu menyasarkan kawasan di Johor Bahru dan Pasir Gudang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bertindak atas aduan orang ramai berhubung struktur haram yang didirikan di atas tanah rizab di Jalan Wadihana, Johor Bahru, usaha bersama beberapa jabatan terlibat telah membuahkan hasil apabila lima individu ditahan, kesemuanya didapati melanggar undang-undang imigresen.

Salah seorang yang ditahan adalah lelaki warga Singapura berusia 34 tahun, yang tinggal secara haram di Malaysia sejak 2011. Selain itu, seorang warga Bangladesh turut ditahan di lokasi yang sama kerana melanggar syarat pas permit kerjanya.

Manakala tiga lagi warga asing, termasuk dua warga Indonesia dan seorang warga Pakistan, yang kesemuanya tidak mempunyai dokumen yang sah.

Mereka yang ditahan didapati melanggar pelbagai seksyen Akta Imigresen 1959/63, termasuk Seksyen 6(1)(c) kerana tidak mempunyai pas atau permit yang sah, Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa, dan Peraturan 39(b) ) kerana melanggar syarat pas.

Sumber