Wujud satu trend yang dikenali sebagai “Cake picnic” di mana sebuah acara dibuat khas buat para pencinta kek berkumpul untuk berkongsi dan menikmati pelbagai jenis kek.
Dalam bahasa mudah, acara ini seperti jamuan makan potluck (bawa dan kongsi makanan) yang berfokuskan pada kek.
Konsepnya setiap peserta perlu membawa sebiji kek utuh, dan sebagai balasannya, mereka berpeluang untuk merasa dan membawa pulang potongan-potongan kek dari peserta lain.
Memandangkan sudah viral di serata dunia, tularlah sejumlah video yang memperlihatkan bagaimana keadaan acara dan kerenah peserta di pelbagai tempat.
@24karats_looks The aftermath of the #cakepicnicinlagos #youknowblackpeople at this point lagosians are just different no patience All these happened because of lack of organization and coordination and impatience #fyp
@_yemi.baby Cake picnic or cake wrestling championship? 😂 Lagos no dey carry last when food dey involved! #LagosLife #cakepicniclagos #CakePicnic#LagosGist #CakeDrama #LagosEvents #CakeTok #NaijaFoodies #CakeLovers #LagosVibes #NaijaEvents #FoodTok
Menerusi beberapa video dari Nigeria, ia memperlihatkan acara bermula dengan tenang yang mana kek manisan dihidangkan di atas sejumlah meja.
Namun keadaan berubah menjadi kacau-bilau sebaik peserta dibenarkan untuk mengambil kek tersebut kerana semua berebut dan tamak mahu mengambil kek (dengan tangan) sehingga licin tanpa memikirkan orang lain.
@_zaiirean ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ #chaotic #cakeinlagos #cakepicnic #fyp #algorithm
Sementara itu, sebahagian netizen luar negara berkongsi video dari Malaysia lalu membuat perbandingan melihat tingkah laku rakyat Malaysia semasa acara cake picnic itu.
@vanilliciousbakingstudio Remember : 1 ticket + 1 whole cake = 1 entry. This is a private event, only those with tickets will be allowed in. And just a heads-up: The event is for ages 12 and above only 🩷 Details event : Saturday, 2nd August 2025. Location : Simpang Ampat, Pulau Pinang. Time : 3PM / Registration start.
♬ Fairy tale dream disney children amusement park – SOUND BANK
Semua peserta dilihat mengambil setiap kek dengan tenang dan berdisplin termasuk mengikut giliran masing-masing. Meja pun masih tampak bersih dan kemas walaupun dipenuhi orang ramai.
Oleh itu, netizen global langsung memuji akan sikap budi bahasa rakyat Malaysia pada setiap masa dan sedia menjadikan video ini sebagai contoh teladan buat orang lain.
“Saya baru sahaja menonton ‘Malaysia cake picnic’, korang sangat memalukan.”
“Selepas menonton ‘Nigeria cake picnic’, ini adalah satu kelegaan yang amat menyegarkan.”
“Sebagai seorang rakyat Nigeria, ini adalah tahap kekecewaan baharu yang saya rasakan.”
“Semua orang dan semuanya nampak sangat comel dan estetiknya, ya ampun.” ini adalah luahan yang dikongsikan oleh warganet luar negara selepas menonton video dari Malaysia.
Tambah netizen luar negara, perkara lain yang membuatkan mereka teruja apabila melihat peserta di Malaysia turut mengambil potongan yang memadai sahaja sekaligus semua orang berpeluang merasai kek yang dihidangkan.
Selain itu, mereka juga memuji akan pakaian seragam yang dikenakan oleh peserta menjadikan ia tampak lebih ‘classy’ dan menyeronokkan.