Seorang wartawan dari India telah mendedahkan kepada dunia keadaan sebenar di Tel Aviv.
Sebelum ini Benjamin Netanyahu mendedahkan bahawa iron dome dan pertahanan negara mereka sangat kebal dan tidak banyak kerosakan yang terjadi kerana serangan Iran.
Tetapi, wartawan Braj Mohan Singh yang baru balik dari Isra*l telah mendedahkan kebenaran yang dunia tidak tahu.
Walaupun Tel Aviv memandang rendah keupayaan Iran. Sebenarnya banyak peluru balistik dan dron Iran yang mendarat di Tel Aviv.
Mohan Singh malah menambah, sistem amaran yang dianggap paling canggih oleh Netanyahu itu, tidak dapat mengesan dron dan peluru berpandu Iran.
Kerajaan Is*ael telah menghalah akses wartawan ke hospital untuk membuat liputan. Ini untuk menyembunyikan angka sebenar kematian, dan kerosakan.
Ini semua kerana nak menjaga air muka mereka di mata negara lain di seluruh dunia.
Mohan Singh berkata: “Dakwaan bahawa bunker boleh melindungi anda hanyalah retorik. Saya melihat orang mati walaupun berada dalam bunker sedalam 100 kaki, dan mereka (pihak kerajaan Israel) tidak memberitahu fakta sebenar.
“Kebebasan media di India jauh lebih baik berbanding di Israel. Kami rasa bersyukur kepada kerajaan India kerana mereka memberikan maklumat terperinci.
“Di Isra*l pula, kerajaan tidak memberitahu apa-apa langsung. Anda tidak dibenarkan merakam mayat, dan anda juga tidak boleh melawat hospital.
“Apabila sesuatu insiden berlaku, kami tidak diberitahu lokasi sebenar. Keesokan harinya apabila kami pergi ke tempat kejadian, kami diberitahu, ‘Hanya seorang yang terkorban.’
“Tetapi seorang penduduk tempatan memberitahu kami, ‘Ada empat buah rumah dan semua penghuninya maut’ – yang menunjukkan sebenarnya berlaku insiden besar.
“Kita sering diberitahu bahawa Isra*l mempunyai teknologi yang sangat canggih. Namun saya ingin beritahu bahawa pada suatu pagi awal, tiada siren berbunyi dan peluru berpandu tetap mengenai sasaran tanpa sebarang amaran.
“Teknologi itu boleh gagal, dan sangat sukar untuk menentukan bila dron atau peluru berpandu akan menyerang.
“Anda mungkin sudah dengar bahawa Iran menyasarkan hampir setiap kedutaan Amerika Syarikat di Timur Tengah, dan mungkin mereka juga cuba menyasarkannya di Tel Aviv. Jika itu berlaku, kami mungkin tidak akan terselamat kaalau berada di sana.”
JUST IN: Indian journalist Braj Mohan Singh returning from Israel drops a truth bomb:
"Even bunkers aren’t safe, people died deep inside them. Iranian missiles sometimes hit without sirens. Israeli government blocks hospital access, hides casualties, lies about its losses, and… pic.twitter.com/rAm2U9Njat
— Sulaiman Ahmed (@ShaykhSulaiman) March 7, 2026