Pelakon siri True Blood, Joe Manganiello akan memegang watak Deathstroke untuk filem solo Batman lakonan Ben Affleck. Bulan lalu, Ben telah berkongsi satu video pendek di mana Deathstroke sedang menjalani pengambaran tanpa diketahui siapa lelaki di sebalik topeng berkenaan.

Batman_versus_Deathstroke

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Presiden DC Entertainment, Geoff Johns telah mengesahkan casting untuk watak Deathstroke ini telah menjadi milik Joe Manganiello. Rata-rata peminat ‘merestui’ pemilihan Joe Manganiello sebagai Deathstroke.

Bagaimanapun, Geoff tidak mahu mengulas lebih lanjut sama ada Deathstroke akan turut serta dalam Justice League yang kini sedang dalam pengambaran.

Death

Geoff dan Ben Affleck akan bersama-sama menulis skrip untuk filem terbaru Batman dan Ben sendiri akan menjadi pengarah untuk filem Batman ini. Hebat. Tiada tarikh bila filem Batman terbaru akan berada di pawagam dan kemungkinan besar paling awal ianya boleh siap adalah pada tahun 2018. All the best Ben dan Joe!

Sumber