Burger King telah di panggang hangus di media sosial selepas mengeluarkan menu baharu burger tanpa daging.

Rantaian makanan segera ini mengumumkan bahawa mereka akan menguji ‘burger kentang goreng’ di New Zealand. Tetapi ia tidak dapat diterima oleh para peminat mereka di Amerika Syarikat sambil merujuk bahawa idea Burger King seperti tidak masuk akal.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Protes ini juga telah disertai oleh Wendy, musuh ketat Burger King selepas McDonald’s. Wendy jelas tidak dapat menerima idea Burger King selepas mereka membalas ciapan tersebut.

Sesi ‘menggoreng’ Burger King tidak berhenti di situ. Para netizen turut menyertai perang dingin di antara dua jenama dan Wendy juga telah membalas beberapa ciapan netizen.

Hidangan terbaharu Burger King ini diilhamkan oleh hidangan ‘Chip Butty’ – hidangan ini terkenal di UK. Setakat hari ini, ia menerima komen pelbagai mengenai menu baharu mereka.

Burger King boleh membalas ‘hinaan’ ini jika mereka mahu denganWendy kini disabitkan kesalahan kerana melanggar undang-undang buruh di atas kesalahan mengambil kanak-kanak sebagai pekerja.

Baca cerita lain mengenai Burger King, klik pautan di bawah untuk membaca.

Burger King Hargai Orang ‘Single’, Tawarkan Burger Percuma Untuk Sekeping Gambar Bekas Kekasih

Burger King Ajar Teknik ‘Marketing’ Tanpa Menggunakan Sebarang Modal