Sekiranya anda anda menggunakan media sosial TikTok sekitar seminggu ini, pastinya anda akan lihat kebanjiran komen daripada seorang lelaki Mat Saleh yang rata-ratanya komen yang sama.

Memberi komen ‘What country is this’ di hampir setiap video termasuk video dari Malaysia sekaligus telah membuat seorang individu ini menjelaskan situasi yang berlaku.

Menurut TikTok @dakdintiktok, beliau memaklumkan kisah ini bermula apabila seorang lelaki Mat Saleh dari Amerika Syarikat. Beliau telah menghantar anak perempuannya untuk sambung belajar di sebuah negara di Asia Tenggara.

@dakdintiktok

Siapa pakcik “What country is this?” ni? #whatcountryisthis? #whatcountry #petersutherland #meme #mamatexist

♬ original sound – Dak Din – Dak Din

Setibanya anak perempuan beliau yang bernama Sandra di Asia Tenggara, difahamkan Sandra sering memaklumkan aktivitinya kepada beliau.

Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila pandemik COVID-19 tiba di mana Sandra tidak lagi berkongsi keberadaan beliau sekaligus mengundang resah kepada bapanya.

Hal ini membuatkan Mat Saleh ini kerap meninggalkan komen yang sama pada video-video yang mempunyai muka Asia dalam misi mencari anaknya.

Komen tular selepas meninggal dunia

Lebih mengejutkan, dikatakan Mat Saleh ini sudah meninggal dunia kerana masalah lumpuh serta gagal menguruskan diri sendiri.

Komen-komen yang sebelum ini dibuat secara tidak langsung menjadi tular sekaligus membuatkan terdapat kumpulan yang menghasilkan akaun palsu untuk memberi komen yang sama.

Menurut lelaki yang berkongsi teori ini, beliau tidak dapat memastikan sama ada isu ini benar-benar berlaku atau sebaliknya. Video yang dikongsikan ini telah meraih hampir 5 juta tontonan dalam tempoh sekitar dua hari sahaja.

Sumber