Baru-baru ini kecoh dengan kisah seorang usahawan yang menciplak produk Sambal Nyet milik pempengaruh terkenal, Khairul Aming dan sudah pun dipanjangkan ke muka pengadilan untuk tindakan selanjutnya.

Namun kini tular pula tentang jenama beg tempatan terkenal, Christy Ng yang mana dikesan menciplak rekaan beg tangan jenama antarabangsa secara terang-terangan.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Christy Ng

Nama Christy Ng menjadi bualan di sejumlah platform media sosial kerana menciplak beg jenama GENTLEWOMAN dan boleh dikatakan hampir 100% menyamai beg jenama itu termasuklah pemilihan warnanya.

Sumber Gambar: Buyandhship

Untuk makluman, GENTLEWOMAN merupakan jenama fesyen dari Thailand dan kini meningkat naik populariti di kalangan anak muda kerana penawaran produk yang tampil trendy dan premium.

Seperti tidak serik dengan kritikan yang diterima sebelum ini, Christy Ng tetap melancarkan koleksi terbaharu dengan rekaan beg tangan yang diciplak dari jenama terkenal tersebut. Lantas, pengenalan beg terbaharunya telah meraih perhatian ramai kerana didapati menghasilkan beg serupa jenama terkenal dari Thailand itu.

@christyngshoes

The Nomad tote bag canvas series. Available now in 3 sizes 💫✨🌈

♬ original sound – Christy Ng Shoes – Christy Ng Shoes

Rata-rata pengguna media sosial mula mengkritik dengan mempersoalkan tahap integriti jenama lokal ini kerana sering menciplak hasil karya jenama terkemuka untuk koleksi-koleksi mereka.

Bukan itu sahaja, ada sebahagian individu sudah memboikot jenama terbabit kerana merasakan seperti tiada kreativiti atau identiti tersendiri menerusi produknya.

Sebelum ini, koleksi Christy Ng juga didapati mengambil rekaan beg jenama terkemuka seperti Christian Dior, Lois Vuitton dan Goyard yang mana menjadi kegilaan ramai pada saat itu.

“Makin lama makin hilang hormat dengan Christy Ng. Dulu awal-awal mereka mempunyai rekaan signature tersendiri. Sekarang main rembat je rekaan orang lain”, ujar seorang pengguna di Twitter berkenaan ketiadaan origanaliti di dalam rekaan seperti di peringkat awal.

“Come on @christyngshoes.. where is your integrity?,” luah seorang pengguna yang tidak berpuas hati dengan ketelusan pihak Christy Ng dalam hasil rekaan koleksi mereka.

“Hm entahlah sebab banyak sangat yang tiru. Malu pula nak beli dan pakai..,” kongsi seorang pengguna di TikTok berhubung isu ciplak ini.

“Macam ada bau-bau dikenakan saman je nanti,” kata seorang pengguna lain yang menjangkakan bakal ada tindakan saman terhadap jenama lokal ini kelak.

Dalam pada itu, ada individu yang turut menyindir tindakan designer dari Christy Ng kerana mengambil kerja mudah dengan menciplak idea karya orang lain tanpa rasa serba salah.

Sumber