Seorang blogger teknologi bernama Andy Biao mendedahkan beliau secara tidak sengaja telah menemui salinan kertas putih Bitcoin paling awal milik Satoshi Nakamoto pada komputer Apple Mac.

Beliau mendakwa salinan fail PDF ini telah disertakan kepada sistem operasi MacOS sejak versi Mojave pada tahun 2018 lagi. Malah, beliau sendiri telah meminta sahabat dan pengguna Mac untuk mengesahkan perkara itu dan ia benar-benar tersedia dengan nama simpledoc.pdf buat semua komputer Mac.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Newswav

Bagi pengguna yang menggunakan macOS Mojave dan terkini, anda hanya perlu membuka Terminal, dan seterusnya menjalankan arahan seperti dibawah;

‘open /System/Library/Image\ Capture/Devices/VirtualScanner.app/Contents/Resources/simpledoc.pdf

Selepas itu, ia akan membuka kertas putih Bitcoin yang dinyatakan. Kertas putih ini dilihat digunakan sebagai dokumen contoh pada ‘Virtual Scanner II’.

Apple malah pernah sahaja mencari calon yang mahir dalam pembayaran alternatif seperti BNPL dan kriptowang pada tahun 2021 lalu.

Buat masa ini, ia masih misteri kenapa terdapatnya dokumen kertas putih Bitcoin dalam Apple yang digunakan sebagai dokumen contoh dan adakah disengajakan atau sebaliknya.