Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran dan ingatan kepada dunia mengenai varian baharu yang sedang dihadapi beberapa negara iaitu Omicron. Amaran ini dikeluarkan selepas beberapa negara belum mencapai tahap puncak kes varian COVID-19. Justeru, WHO meminta agar apa sahaja langkah untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) mestilah dilakukan secara berhati-hati, terutama di negara yang masih rendah kadar vaksinasi.

“Kami menggesa untuk berhati-hati kerana banyak negara belum melepasi puncak Omicron. Banyak negara mempunyai kadar perlindungan vaksinasi yang rendah dengan individu yang sangat rentan dalam populasi mereka,” kata Ketua Teknikal WHO Maria Van Kerkhove seperti dilaporkan oleh Reuters. “Jadi sekarang bukan masa untuk melonggarkan semuanya sekaligus. Kami sentiasa menggesa, sentiasa berhati-hati, dalam melaksanakan intervensi dan menarik balik intervensi itu secara perlahan-lahan, langkah demi langkah. Kerana virus ini agak dinamik,” tambahnya.

Ketua Pengarah WHO Tetras Adhanom Ghenbreyesus turut memberitahu perkara yang sama. Dia turut mengaku bimbang dengan naratif yang tersebar di beberapa negara baru-baru ini.¬†“Oleh kerana vaksin, dan kerana penularan Omicron yang tinggi dan tahap keparahan yang lebih rendah, mencegah penularan tidak lagi dapat dilakukan, dan tidak lagi diperlukan,” katanya merujuk kepada beberapa negara sebelum menyambung, “Masih terlalu awal untuk mana-mana negara menyerah kalah atau mengisytiharkan kemenangan.”

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan dilaporkan sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan gelombang kes jangkitan COVID-19 susulan ancaman varian Omicron. Ini selepas program vaksinasi yang berjalan lancar dan penggunaan kapasiti hospital yang kini sudah terkawal. Berkata kepada Utusan Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata keadaan pada masa ini tidak sama seperti Jun hingga September lalu kerana negara lebih bersedia dan lebih dilindungi melalui vaksinasi di bawah pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Malaysia kini merekodkan tujuh lagi kematian baharu akibat COVID-19 yang kini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 31,985 kematian sejak wabak itu melanda negara. Selain itu, KKM merekodkan 5,566 kes baharu COVID-19 semalam, dengan angka terkini menunjukkan peningkatan daripada 4,774 kes sehari sebelumnya, selepas dua hari mencatatkan rekod di bawah 5,000. Ia juga menjadikan jumlah kes Covid-19 di negara ini kepada 2,876,324 setakat ini.

‘Kemungkinan besar gelombang omicron akan mula di Malaysia’ – Khairy Jamaluddin. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

‘Kemungkinan Besar Gelombang Omicron Akan Mula Di Malaysia’ – Khairy Jamaluddin

Omicron Bukan Petanda Pandemik Akan Berakhir, Manusia Perlu Bersedia Hadapi Situasi Terburuk

Pakar Ramal Varian Omicron Bakal Jadi Petanda Pandemik COVID-19 Akan Berakhir