Mulai dijaduakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac nampaknya tempoh ini telah dilanjutkan sehingga 14 April ini dalam usaha memutuskan rangkaian COVID-19.
Terbaharu, terdapat sebuah berita yang nyata merisaukan rakyat Malaysia mengenai kenyatataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menganggarkan Malaysia bakal mempunyai jumlah pesakit COVID-19 tertinggi di hospital pada pertengahan April ini.

Selain itu, jumlah pesakit yang kritikal pula dijangka memuncak menjelang minggu hadapan menurut ramalan daripada WHO.
Menurut Ying-Ru Lo selaku ketua misi merangkap wakil WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura berkata Malaysia kini merupakan negara dengan jumlah kes COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara berdasarkan data.

Setakat artikel ditulis, sebanyak 50 kematian telah dilaporkan berikutan wabak COVID-19. Sama-sama kita berusaha untuk ikuti perintah kerajaan agar rantaian COVID-19 dapat diputuskan dalam masa terdekat.
Sebelum ini seorang ahli politik Taiwan telah diserang netizen selepas mempersoalkan cara Malaysia tangani COVID-19.
Persoal Cara Malaysia Tangani COVID-19, Ahli Politik Taiwan Ini ‘Diserang’ Netizen
Bagaimana Rakyat Malaysia Boleh Bantu Bangunkan Semula Ekonomi Negara Selepas COVID-19