Penampilan yang digayakan oleh Pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Masyuri pada malam Sabtu lalu telah menjadi bualan hangat di media sosial.

Mana tidaknya, Haliza memilih untuk untuk menggayakan busana hasil rekaan pereka tersohor iaitu Rizalman Couture pada majlis ulang tahun Bawal Exclusive yang ke-25 tahun.

Baca Juga:

Ketika ditanya media, Haliza mendedahkan bahawa busana berwarna maroon yang bertahtakan kristal Swarvsoki serta dihiasi penuh dengan 83,900 butir Swarvoski itu mencecah RM250,000 untuk keseluruhan sepersalinan. Malah, ia memakan masa setahun untuk disiapkan kerana dijahit secara buatan tangan (handmade).

“Saya sudah rancang untuk hasilkan baju ini sejak awal tahun dah akhirnya terhasilah busana yang mana fabriknya diimport dari United Kingdom (UK). Ia mengambil masa selama hampir setahun memandangkan ia dijahit secara handmade.

“Sebenarnya sebelum berjumpa Rizalman, saya sudah mencari beberapa pereka fesyen di Turki, tetapi agak sukar kerana perlu fitting dan ulang alik ke sana. Jadi, saya rasa satu-satunya pereka fesyen yang dapat memenuhi kehendak saya adalah Rizalman.

“Saya beri kepercayaan kepada Rizalman Couture menghasilkan busana ini kerana mereka sangat detail dan itu yang memberikan saya keyakinan. Sebelum ini, untuk acara besar pun saya memang menggunakan khidmat mereka.

“Inilah hasilnya dan memang rasa amat berat dan sukar untuk digambarkan penampilan saya. Apa yang saya nak, Rizalman sudah dapat menjiwai,” luahnya yang merasa puas hati dengan rekaan yang dipamerkan oleh pereka fesyen tersohor itu.

Haliza turut memaklumkan sebagai rakan penjenamaan bersama Swarovski, kristal yang digunakan juga adalah tulen.

Dalam pada itu, Haliza berkata dia tidak kisah untuk berbelanja besar untuk busana kerana secara tidak langsung memberi sokongan kepada pereka fesyen tempatan.

“Malam ini dihadiri oleh pihak Swarovski yang diterbangkan daripada Austria semata-mata untuk majlis makan malam. Saya memang nak pihak Swarovski melihat busana saya dan sokongan rakyat Malaysia terhadap Bawal Exclusive.

“Saya beli sepersalinan pakaian dengan harga RM250,000 yang dihasilkan orang seni. Why not? Siapa yang tidak kenal dengan Rizalman?,” katanya lagi.

Dalam acara tersebut, Bawal Exclusive turut membuat bidaan untuk rekaan tudung pertama yang dikeluarkan iaitu Bawal Tabur.

Bermula dengan harga RM25, Bawal Tabur ini telah berjaya dibida dengan harga tertinggi RM78,000. Hasil jualan tersebut bakal disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin (Malaysia Medical Relief Society).

Majlis yang penuh gemerlapan ini juga mempamerkan koleksi-koleksi yang direka khas oleh pereka kreatif Bawal Eksklusif yang berharga antara RM10,000 sehingga RM113,000.

@halizamaysuri

♬ original sound – Haliza Maysuri – Haliza Maysuri

Selanjutnya, acara tersebut juga diadakan bagi meraikan pelanggan-pelanggan dari seluruh Malaysia yang banyak menyokong dan menaikkan jenama Bawal Exclusive. Tidak dilupakan juga kepada Premium Reseller yang menjadi rantaian untuk memperluaskan lagi bawal Bawal Exclusive kepada semua peringkat masyarakat.

Sumber