Selepas Batman, Warner Bros. perlu mencari muka baharu untuk Deadshot pula. Will Smith dikhabarkan sah tidak akan kembali untuk Suicide Squad 2 dan tidak akan terlibat lagi dalam franchise ini.

Filem yang akan ditulis dan diarah oleh bekas pengarah Guardians Of The Galaxy, James Gunn ini kini mempunyai dua kemungkinan; sama ada ianya akan jadi karya sekuel atau karya reboot selepas ketiadaan Will Smith.

Deadshot merupakan watak penting dalam Suicide Squad dan ketiadaan Will Smith pastinya mengganggu perjalanan sekuel ini. Jadual penggambaran yang padat dan bertindih merupakan alasan Will Smith untuk tidak lagi memegang watak Deadshot.

https://twitter.com/MrProduction8/status/1100963410844487680

https://twitter.com/UberKryptonian/status/1100943224955461632

James Gunn melangkah ke DC sebagai pengarah Suicide Squad dan Will Smith pula ke Disney sebagai Genie. James Gunn dikatakan akan memberi pendekatan yang lebih fresh berbanding versi Suicide Squad oleh David Ayer. Adakah pengaruh Guardians Of The Galaxy akan kuat meresap dalam Suicide Squad? Sama-sama kita tunggu 6 Ogos 2021.