Southampton yang baharu sahaja ‘turun pangkat’ ke EFL Championship telah mengumumkan pelantikan Will Still sebagai pengurus kelab tersebut.

Pengendali berusia 33 tahun itu menggantikan Ivan Juric yang terpaksa meninggalkan pasukan ekoran prestasi kurang baik The Saints dalam saingan English Premier League (EPL) 2024/25.

Baca Juga:

Kehadiran pengurus muda itu sudah pastinya diharapkan akan membawa kembali Southampton ke saingan EPL 2026/27.

Sekiranya menyebut nama Will Still, ada cerita menarik tentang beliau sewaktu bersama salah sebuah kelab dalam saingan Ligue 1 beberapa tahun lalu.

Will Still
Soccer Football – Premier League – Southampton v Arsenal – St Mary’s Stadium, Southampton, Britain – May 25, 2025 Southampton’s Paul Onuachu, Mateus Fernandes, Alex McCarthy, Flynn Downes and Ryan Manning applaud fans after the match Action Images via Reuters/Peter Cziborra

Apa Perkara Menarik Tentang Will Still Di Perancis?

Semuanya berlaku ketika Stade de Reims kehilangan pengurus pada musim 2022/23 (Oktober 2022) selepas pengendali dari Sepanyol, Oscar Garcia dipecat.

Keputusan drastik itu terpaksa diambil apabila Reims hanya mampu mencatatkan satu kemenangan, empat keputusan seri dan empat kekalahan untuk berada di kelompok bawahan liga.

Sehubungan dengan itu, Presiden kelab, Jean-Pierre Caillot enggan melantik pengurus tetap tetapi sebaliknya memilih untuk meletakkan Will Still selaku pengurus interim.

Lebih menarik, Still pada ketika itu berusia 30 tahun tidak mempunyai lesen kejurulatihan UEFA Pro dimana ia adalah kelayakan wajib bagi seorang pengurus untuk membimbing pasukan.

Caillot bagaimanapun tidak menghiraukan keadaan tersebut dan terus memberikan tanggungjawab buat Will Still untuk mengepalai pasukan.

Reims juga tidak bermasalah untuk membayar denda tersebut selagi Still mampu menghadirkan keputusan yang baik buat pasukan.

Will Still
FILE PHOTO: Soccer Football – Ligue 1 – Olympique Marseille v RC Lens – Orange Velodrome, Marseille, France – March 8, 2025 RC Lens coach Will Still during the warm up before the match REUTERS/Manon Cruz/File Photo

Langkah penuh berisiko tersebut menyebabkan Reims terpaksa membayar denda sebanyak €25,000 (RM120,000) pada setiap perlawanan kepada penganjur saingan Ligue 1 setiap kali Still membimbing pasukan.

Pelaburan itu nyata berbaloi apabila Reims akhirya menamatkan kempen liga di kedudukan ke-11.

Meninggalkan Reims pada 2 Mei 2024, beliau kemudiannya dilantik sebagai pengurus Lens sambil dibantu abang dan adiknya iaitu Edward serta Nicolas.

Berkemungkinan besar adik beradiknya itu akan turut bersama Still di Southampton nanti.

Pengurus Yang ‘Gilakan’ Permainan Football Manager

Bergelar penolong jurulatih skuad bawah 14 tahun Preston North End pada usia 19 tahun, Still merupakan seorang yang begitu obses dengan permainan video simulasi Football Manager.

Beliau mendedahkan dirinya membesar dengan permainan tersebut dan bermain tanpa henti bersama abangnya, Edward.

Menurut Will Still, ibu bapa mereka tidak membenarkan untuk bermain permainan konsol PlayStation, oleh itu mereka memilih dengan ‘melayani’ Football Manager di komputer keluarga.

Malah, beliau turut mengakui menghabiskan masa sehingga jam tiga pagi dengan bermain permainan yang sememangnya membuatkan ramai terleka jika tidak dikawal dengan baik.

“Saya tidak pernah menganggap bahawa Football Manager mempunyai pengaruh pada kerjaya sebenar saya tetapi apabila difikirkan sekarang, ia memang benar-benar berlaku.”

“Football Manager jelas merupakan sebahagian daripada rutin harian saya tetapi apabila saya memulakan karier kejurulatihan di Preston North End yang merupakan sebahagian daripada ijazah kolej kami, dan semua itu menjadi sejarah.”