Xavi Hernandez mempunyai reputasi hebat di Barcelona sebagai salah seorang legenda yang merintis kepada zaman kegemilangan kelab tersebut.

Sepanjang menyarung jersi skuad senior Barcelona, Xavi telah membuat 767 penampilan dan menjaringkan 85 gol serta mencipta 184 bantuan jaringan.

Baca Juga:

Pencapaian hebat yang meletakkannya sebagai antara legenda The Blaugrana sepanjang zaman. Namun, status itu bukanlah jaminan untuk beliau selesa sewaktu bergelar pengurus Barcelona.

Menggantikan Ronald Koeman pada 6 November 2021, Xavi berjaya menghadiahkan kejuaraan LaLiga pada kempen 2022/23 dimana ia merupakan musim penuh buat beliau membimbing pasukan.

Namun pada 24 Mei 2024, beliau dipecat ekoran prestasi kurang baik dipamerkan anak buahnya, malah Barcelona juga gagal membawa pulang sebarang trofi pada musim tersebut.

Susulan dengan itu, Xavi mengakui kesilapannya hingga membuatkan beliau dipecat kelab kesayangannya itu.

“Harapan sangat tinggi dibandingkan dengan sejarah saya [ketika bermain] dalam melatih pada saat itu,” ujar Xavi menurut sumber laporan Goal Indonesia.

“Kadang-kadang, hubungan emosional [perasaan berlebih-lebihan] saya yang mendalam dengan kelab mungkin menjadi penghalang bagi saya.”

“Saya lebih emosional daripada seharusnya pada detik-detik tertentu, tetapi pengalaman ini telah menjadi pelajaran berharga bagi saya.”

“Saya memilih untuk bermain dengan bahagian tengah yang melibatkan tiga pemain menyerang, tetapi itu tidak selalu menjadi pilihan terbaik.”

“Selain daripada trofi, saya berasa bangga kerana saya mempercayai generasi baru pemain seperti Fermín López, Lamine Yamal, Pau Cubarsí dan Alejandro Balde.”

“Pemain-pemain ini mewakili masa depan kelab,” tambah beliau lagi.