Era baharu bagi divisyen permainan video Microsoft kini bermula dengan langkah yang mengejutkan.
Jenama ikonik Xbox kini secara rasmi bertukar identiti kepada XBOX (semua huruf besar), satu perubahan yang dilihat lebih daripada sekadar estetika tipografi.
— XBOX (@XBOX) May 18, 2026
Pilihan Peminat Menjadi Kenyataan
Langkah ini bermula awal minggu ini apabila Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) XBOX, Asha Sharma, menjalankan satu undian di platform X.
Beliau meminta komuniti peminat memilih antara penulisan ‘Xbox’ atau ‘XBOX’.
Keputusan undian tersebut jelas memihak kepada versi huruf besar, dan Microsoft tidak membuang masa untuk menukar nama akaun rasmi mereka di platform X.
Xbox or XBOX?
— Asha (@asha_shar) May 13, 2026
Apabila portal The Verge meminta Microsoft memberikan ulasan lanjut, jurucakapnya hanya merujuk kepada hantaran asal Sharma sebagai pengesahan rasmi.
Kembali Kepada Akar Umbi
Penggunaan huruf besar ini bukanlah sesuatu yang asing bagi Microsoft. Ia merupakan satu ‘return to form’ atau kembali kepada format asal, kata portal tersebut.
Konsol XBOX pertama pada tahun 2001 menggunakan logo berhuruf besar sepenuhnya.
Malah, penjenamaan pada perkakasan seperti Xbox 360, Xbox One, dan Xbox Series X/S sentiasa mengekalkan gaya visual yang serupa.
Misi ‘Kepulangan XBOX’ Oleh Asha Sharma
Transformasi ini adalah sebahagian daripada siri perubahan besar di bawah kepimpinan Sharma.
Beberapa minggu sebelum ini, beliau telah memansuhkan jenama ‘Microsoft Gaming’ dan mengembalikan nama divisyen tersebut kepada Xbox (kini XBOX).
Langkah ini adalah sebahagian daripada janji beliau untuk membawa ‘Kepulangan XBOX‘ yang memfokuskan kepada komuniti, merangkumi:
1. Kemaskini konsol yang berorientasikan peminat.
2. Pengenalan logo baharu yang lebih segar.
3. Pelarasan harga bagi langganan Game Pass.
4. Animasi boot-up konsol yang baharu.
Penstrukturan Semula Organisasi
Xbox needs to move faster, deepen our connection with the community, and address friction for both players and developers.
Today, we promoted leaders who helped build Xbox, while also bringing in new voices to help push us forward. This balance is important as we get the business…— Asha (@asha_shar) May 5, 2026
Selain perubahan visual, Sharma turut mengumumkan perubahan organisasi utama dalam pasukan platform XBOX.
Menurut beliau, penstrukturan semula ini bertujuan untuk membina sebuah platform yang ‘mampu milik, bersifat peribadi, dan terbuka’ dengan kekal dekat kepada komuniti pengguna yang mereka berikan perkhidmatan.
Dengan penjenamaan semula kepada XBOX, Microsoft dilihat cuba menyuntik kembali semangat dominasi dan ketegasan dalam pasaran konsol global yang semakin kompetitif.