Microsoft nampaknya serius untuk memberi fungsi tambahan yang sangat menarik buat penggunanya akhir-akhir ini. Awal minggu ini kita dikejutkan dengan berita dimana Microsoft mahu bekerjasama dengan musuh industri console mereka iaitu Sony bagi menyediakan cross-network play.

windows-xbox

Bermula pertengahan tahun ini, Microsoft berminat untuk menyediakan aplikasi daripada Windows 10 terus kepada Xbox One serta mengalu-alukan lebih ramai pembina aplikasi untuk menjayakan idea ini.

Hasrat Microsoft adalah bagi menyediakan sebuah platform yang mesra pengguna dimana developer dapat membina sebuah aplikasi yang sesuai untuk digunakan secara serentak pada PC, Xbox One , telefon pintar dan tablet.