Sekiranya anda berpendapat perang penawaran RAM terbesar pada telefon pintar sudahpun tamat, anda mungkin silap. Terbaru, Xiaomi melalui model Mi Mix 3 mengumumkan bakal memperkenalkan model ini dengan penawaran RAM sehingga 10 GB.

Penawaran RAM setinggi 10 GB ini sekaligus menjadikan model yang bakal diperkenal Xiaomi ini sebagai telefon pintar dengan penyertaan RAM tertinggi. Dari segi processor, model ini turut dikuasakan dengan penggunaan Snapdragon 845 iaitu model terbaru daripada Snapdragon.

Bukan itu sahaja, Xiaomi turut mengumumkan dimana Mi Mix 3 bakal menjadi telefon pintar pertama mereka dengan jaringan 5G sekaligus membuktikan kecanggihan model terbaru mereka ini.

Sama-sama kita nantikan apa lagi kejutan yang bakal dibawakan Xiaomi sempena pelancaran Mi Mix 3 yang bakal diperkenalkan pada 25 Oktober ini.