Menjadi satu lumrah buat pasangan suami isteri untuk menghadapi segala cabaran walau ribut dan badai melanda sehingga ke akhir hayat bersama.

Namun, tidak semua akan mengetahui apa yang bakal berlaku pada diri kita pada masa kelak. Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai nasib malang yang ditimpa oleh seorang individu yang mana ditinggalkan oleh isterinya selepas mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan.

Baca Juga:

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh abangnya, difahamkan individu bernama Amir Haikal ini telah mengalami kecederaan teruk yang mana sudah hilang keupayaan normal dan perlu dibantu oleh orang lain.

Apa yang menyayat hati adalah beliau telah ditinggalkan oleh isterinya  dan lebih teruk lagi duit pampasan insuran juga didakwa turut diambil sehingga licin.

Difahamkan abangnya tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu kerana mengambil kesempatan ke atas adik yang dahulunya sentiasa menjaga kebajikan rumah tangga dengan baik.

Taatkala ditimpa musibah, isterinya dikatakan melarikan diri dari tanggungjawab menjaga Amir yang sedang sakit teruk selepas insiden kemalangan.

@abambeel

Semoga dipermudahkan urusan Amir haikal, xpe lah amir Allah tu maha adil,masa amir sihat kami saksi amir dah buat terbaik untuk rumah tangga amir, amir mewahkan isteri amir, amir beri segalanya apa yg dia nak,tapi dia cuma pandang duit amir dia x pandang usaha amir, sampai insurance kemalangan amir pun dia nak kebas semua x tinggal pun untuk amir,dia x jaga amir pun bila sakit,sampai susu pun dia x bg kat amir, maafkan abg sb post ni sb abg dah banyak bersabar, semoga amir sihat seperti sediakala Aminn🤲🏼

♬ original sound – Abambeel – Abambeel

Hantaran video itu telah meraih lebih 5 juta jumlah tontonan serta dihujani sejumlah komen netizen yang turut bersimpati dengan kisah Amir yang cukup tragis.

‘Ya Allah tergamaknya, kenapa kebelakangan ini banyak manusia makin kejam? Mana hati perut?? Kalau masih isteri yang sah, nerakalah tempat dia selagi isteri masih tidak minta ampun kepada suami,” ujar seorang pengguna yang bersimpati dengan keadaan lelaki itu.

“Semoga duit insurans tu tiba-tiba lesap. Biar jatuh miskin. Baran aku tengah pagi ni. Tak kenang jasa,” luah seorang pengguna maya dengan nada marah.

“Kifarah itu akan sampai,” kata seorang pengguna lain.

Ramai turut meluahkan rasa geram terhadap wanita terbabit kerana mengambil kesempatan ke atas kebaikan Amir namun tidak mahu bersusah payah bersama ketika berlaku ujian sedemikian.