Jumaat terakhir Ramadan yang lalu, dunia dikejutkan dengan berita serangan dan pencerobohon tentera penjajah Israel ke atas rakyat Palestin dan para jemaah yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa.

Difahamkan, serangan itu tercetus setelah tular satu video oleh aktivis Palestin, Tamer Maqalda yang sempat merakam tindakan kurang ajar seorang lelaki Israel yang cuba merampas rumah milik sebuah keluarga Palestin di Sheikh Jarrah, Jerusalem Timur, memetik laporan Aljazeera.

“Awak cuba rampas rumah saya,” jerit Mona al-Kurd, gadis Palestin berusia 22 tahun yang lantang mempertahankan hak milik rumah keluarganya daripada dirampas oleh Jacob, pendatang haram Yahudi.

“Jika saya tak rampas rumah awak, orang lain akan mengambilnya,” jawapan Jacob yang menyakitkan hati Mona.

Lantaran video itu telah tular dan mendapat perhatian di seluruh dunia, satu gerakan #SaveSheikhJarrah dilancarkan oleh penduduk Palestin sebagai tanda protes terhadap tindakan ‘pembersihan etnik’ dan cuba mempertahankan rumah milik penduduk Sheikh Jarrah daripada dirampas oleh Israel.

“Mereka (tentera Israel) telah memecah pintu rumah jiran kami lalu menceroboh masuk ke dalam bilik dan menakut-nakutkan anak mereka.

“Para pendatang haram Yahudi Israel juga ‘mengejek’ kami dan alunan muzik dimainkan semasa tentera Zionis ‘berpesta’ melakukan rusuhan di kawasan kami,” tulis pengguna Twitter, Mohammed al-Kurd, kembar kepada Mona.

BeFunky-collage (48)
Sumber: Aljazeera

Difahamkan, pada Mac yang lalu, Mahkamah Israel telah mengarahkan 6 keluarga Palestin di Sheikh Jarrah termasuk keluarga al-Kurd untuk segera berpindah dan rumah mereka akan diberikan kepada pendatang haram Yahudi. Walau bagaimanapun, mereka enggan berpindah dan pendatang haram Yahudi tidak berhak untuk merampas rumah mereka.

Untuk rekod, 28 keluarga pelarian Palestin telah tiba di Karm al-Jaouni di Sheikh Jarrah pada tahun 1956. Mereka diberikan rumah dan status mereka sebagai pelarian akan terbatal seperti yang dijanjikan oleh pemerintah Jordan dan agensi pelarian Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Setelah tiga tahun, rumah tersebut akan menjadi milik mereka sepenuhnya.

Namun, kecewanya apabila perjanjian tersebut tidak pernah ditunaikan setelah Jordan kehilangan mandat untuk mentadbir Tebing Barat dan Jerusalem Timur selepas wilayah-wilayah tersebut dijajah Israel pada 1967.

BeFunky-collage (49)
Nentanyahu, presiden Israel. Sumber: Aljazeera

Kini, Israel bertambah yakin untuk merampas semula Sheikh Jarrah selepas timbul dakwaan yang mengatakan bahawa keluarga Palestin telah membina penempatan haram di kawasan tanah yang sudahpun menjadi milik orang Yahudi sejak tahun 1948.

Dakwaan tersebut telah mencetuskan kemarahan di kalangan ahli keluarga al-Kurds termasuk seluruh rakyat Palestin. Kini, Palestin masih berperang dengan Israel berhubung dengan isu ini. Semoga keadilan pastinya berpihak kepada rakyat Palestin.

Aktivis Israel ini lapor berita palsu mengenai serangan di Masjid Al-Aqsa. Klik pada pautan di bawah untuk membacanya.

Aktivis Israel Ini Dedah Media Palestin Lapor Berita Palsu Mengenai ‘Serangan’ Di Masjid Al-Aqsa

Kegigihan Nas Daily Terbalas, Beliau Kini Boleh Masuk Malaysia Selepas Dapat Pasport Ini

Sumber