Betullah orang kata yang dah memang kaya raya tidak kisah untuk makan di mana sahaja tanpa mengira tempat makan.

Sebelum ini Bill Gates, kini giliran bintang pop dunia iaitu Lady Gaga pula mencuba makanan di medan selera di Singapura baru-baru ini.

Hal ini diketahui selepas tular beberapa video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok yang memperlihatkan sosok bintang pop itu dengan selamba menikmati juadah di medan selera, kebiasaanya menjadi tempat rakyat marhaen mencari makanan.

Kelihatan dia bersama pasangannya dan pasukan sedang bersembang dengan rancaknnya sambil menikmati juadah yang dijual warga tempatan.

Ada yang memaklumkan dia telah mencuba nasi ayam, mee sup dan beberapa juadah tempatan di medan selera itu.

Netizen langsung memuji akan keterbukaan Lady Gaga yang sanggup menjamu selera di tempat makan marhaen walaupun dirinya sudah bergelar jutawan yang pasti mampu menikmati di lokasi atau restoran berprestij di sekitar Singapura.

Dalam pada itu, sebahagian netizen menyedari dalam menikmati makanan lokal yang mampu milik, setiap daripadanya memiliki botol air Evian sebagai pelengkap yang mana diketahui harganya yang mahal.

@ladygaga29_

Lady Gaga in Singapore moments ago. #ladygaga #gaga #perte

♬ How Bad Do U Want Me – Lady Gaga

Oleh kerana sifat merendah diri yang ditonjolkan oleh artis antarabangsa itu, orang ramai langsung memerli sebahagian individu yang selalu merasa dirinya dalam golongan T20 atau kayangan yang terlalu memilih dan hanya mahu makan di tempat ternama atau mewah kerana percaya lebih terjamin kualiti dan kebersihannya.

Dalam pada itu, sebahagian netizen yang memuji juga akan warga lokal yang kekal santai walaupun berada di sekitarnya dan tidak mengerumuni kawasan tersebut.

Dengan ini, ia memberikan rasa ketenangan dan privasi buat bintang itu menikmati makanan dengan selesa di tempat terbuka.

@ladygaga29_

Lady Gaga and Michael Polansky have been spotted out and about in Singapore. #ladygaga #gaga #perte

♬ Garden Of Eden – Lady Gaga

Sewaktu beredar dari lokasi medan selera, dia sempat menyantuni dua orang peminat yang sedang menunggunya dan memberikan tanda tangan pada album yang dipegang oleh mereka.

Sebagai makluman tambahan, keberadaan Lady Gaga di Singapura adalah kerana baru sahaja menganjurkan konsert promosi untuk album terbarunya yang berjudul “Mayhem”.