Jeff Bezos yang bertanggungjawab mengasas Amazon telah dinilai sebagai orang paling kaya di dunia dengan nilai kekayaannya kini melebihi $USD200 bilion atau RM850 bilion untuk pertama kalinya.

Menurut CBS News, kekayaan peribadi Bezos meningkat ke tahap mengejutkan hari ini kerana harga saham syarikat e-dagang mencecah paras tertinggi iaitu $USD3,438 sesaham.

Data Forbes juga menunjukkan saham Amazon adalah saham dengan prestasi terbaik apabila mencatat kenaikan 4.1%. Manakala nilai permodalan pasaran Amazon mencapai $USD1,66 trilion. Hasilnya, nilai kekayaan Bezos, yang memiliki 11.1% saham di Amazon, melonjak kepada $USD7.2 bilion.

Kekayaan ini meningkat disebabkan faktor kenaikan sektor teknologi disebabkan COVID-19 yang telah mendorong pengguna untuk membuat lebih banyak pembelian dalam talian.

Indeks Billionaire Bloomberg, turut merekodkan saham Tesla telah mendorong nilai kekayaan CEO Elon Musk melebihi $USD 100 bilion. Begitu juga dengan CEO Facebook, Mark Zuckerberg yang mencatat kekayaan bersih melebihi $USD100 bilion bulan ini.

Bezos yang bertanggungjawab membina Amazon pada tahun 1994, telah menjadi orang terkaya di dunia sejak 2017. Manakala pengasas Microsoft, Bill Gates adalah orang terkaya kedua di dunia, setelah mengumpulkan kekayaan peribadi bernilai $USD124 bilion.

Terdahulu, netizen dilaporkan kurang senang dengan jika Jeff Bezos jadi trillionair pertama dunia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Netizen Kurang Senang Jeff Bezos Bakal Menjadi ‘Trillionaire’ Pertama Dunia

Jeff Bezos Diumumkan Sebagai Manusia Terkaya Dengan Nilai Kekayaan RM605 Bilion

Pengasas Amazon, Jeff Bezos Umum Perceraian Selepas 25 Tahun Mendirikan Rumah Tangga

Sumber