Selepas enam bulan berada di Pusat Pentadbiran Dan Pengusiran Warga Negara Asing, akhirnya pelawak, Yassin Yahya membuka mulut menceritakan kejadian yang menimpanya.

Memetik Berita Harian, Yassin menyatakan kurang ilmu berkaitan perjalanan ke Tanah Arab jadi antara salah satu faktor ditahan.

Baca Juga:

Tambahnya lagi, penahannya bukanlah disebabkan penyalahgunaan dadah.

“Ia bermula dengan satu sidang media menjemput 25 artis veteran. Ada seorang insan dari Pulau Pinang berbesar hati menaja 25 orang artis menunaikan umrah.

“Saya teruja dan fikir inilah waktunya. Orang taja jadi mengapa tidak saya ambil peluang. Ketika itu, saya ada ‘job‘, tapi saya fikir nak ambil ‘job‘ atau peluang ini (umrah).

“Saya berbelah-bahagi dan pening. Saya tanya isteri dan fikir mungkin inilah niat yang sudah lama diimpikan. Saya terus hubungi emak dan beritahu ada orang nak taja menunaikan umrah.

“Emak beritahu, Alhamdulillah, dia baru semalam berdoa agar salah seorang anak dapat pergi umrah. Itulah saya. Jadi, saya buat keputusan mahu pergi umrah, namun agak kelam kabut buat persediaan,” katanya.

Menurut Yassin lagi, hanya buat persediaan dengan belajar dalam YouTube dalam masa singkat.

Dia juga tidak menyangka gurauan bersama ibunya menjadi kenyataan.

“Sebelum berlepas, saya bergurau dengan emak, ‘saya mungkin extend’. Emak terkejut, tapi saya terlepas cakap tanpa sengaja, tapi nampaknya masin mulut.

“Saya menaiki penerbangan lapan jam perjalanan ke Jeddah. Sebelum berlepas saya fikir bagaimana saya nak merokok, jadi saya beli rokok kertas, ‘grinder’ (pengisar) dan beli sekotak rokok di lapangan terbang.

“Sampai di Jeddah, beg diimbas ketika penerbangan ke Madinah. Pihak Kastam nampak sesuatu dan arahkan buka beg saya.

“Dia pegang benda agak mengeruni, saya nampak dia pegang ‘grinder’ yang ada lambang barang terlarang. Mereka terus selongkar beg. Bagi mereka, ini adalah barang mencurigakan,” dakwanya.

Tambahnya lagi, dia dibawa ke pejabat polis untuk ambil keterangan, namun tidak dilepaskan.

“Selepas soal siasat, mereka tutup beg yang digeledah dan saya fikir mereka nak hantar saya kembali kepada kumpulan jemaah. Mungkin saya boleh lepas, namun pihak polis suruh ikut ke kenderaan polis dan menggari tangan. Saya dibawa ke balai polis di Jeddah pula.

“Saya tertanya-tanya apa salah saya. Kalau fikir, takkan soal lambang jadi satu kesalahan. Kalau salah, saya sudah kena tahan di Malaysia. Saya memang tak tahu mengenai undang-undang di sana.

“Sampai di balai polis, saya tiada peluang memberikan penjelasan atau menghubungi sesiapa, apatah lagi, masalah komunikasi macam ‘ayam dan itik’.

“Dalam perjalanan, saya ‘contact‘ Allah sahaja, hanya berserah dan memohon doa serta tak putus berzikir. Sampai sana, beg dan barang-barang termasuk telefon bimbit diambil, saya dimasukkan ke lokap khas untuk dadah,” kata Yassin lagi.

Sumber