Yassin Senario tidak sedih mengenangkan dirinya pernah tidur berdiri di penjara Jeddah.

Dia juga mendedahkan bahawa dia terpaksa tidur di hadapan tandas selama 8 hari sepanjang ditahan di sana.

Yassin Senario tidur berdiri

Keadaan lokap yang sangat sesak itu memaksa dia terlelap secara berdiri.

Dan kemudian dia disuruh untuk pergi tidur di kawasan hadapan tandas.

Dipetik daripada Beautifulnara, Yassin Senario berkata: “Kedaan lokap agak menyedihkan. Kali pertama saya tidur berdiri sebab lantai penuh.

“Saya akhirnya dapat tidur di depan tandas, dan saya nampak kaki orang melangkah saya dalam masa 8 hari itu.”

Yassin Terlepas Beraya Di Malaysia, Saiful Apek Kongsi Sebabnya
Sumber Gambar: Gempak

Yassin turut menafikan bahawa dia ditahan atas kesalahan dadah. Sebaliknya dia ditahan kerana membawa rokok masuk ke Arab Saudi.

Yassin berkata: “Saya menaiki penerbangan lapan jam perjalanan ke Jeddah. Sebelum berlepas saya fikir bagaimana saya nak merokok, jadi saya beli rokok kertas, ‘grinder’ (pengisar) dan beli sekotak rokok di lapangan terbang.

“Sampai di Jeddah, beg diimbas ketika penerbangan ke Madinah. Pihak Kastam nampak sesuatu dan arahkan buka beg saya.

“Dia pegang benda agak mengeruni, saya nampak dia pegang ‘grinder’ yang ada lambang barang terlarang. Mereka terus selongkar beg. Bagi mereka, ini adalah barang mencurigakan,” tegas Yassin Senario.