Organisasi kebajikan di bawah naungan VFive Group iaitu Yayasan VFive, telah mengadakan Program Infaq Mahabbah Korban sempena Hari Raya Aidiladha melibatkan sumbangan lembu korban yang diagihkan melalui 26 masjid dan surau-surau di seluruh Semenanjung Malaysia.

Sumbangan ini dijangka akan memanfaatkan
kepada lebih 80,000 penerima di seluruh semenanjung Malaysia.

Pengasas dan Pengerusi Yayasan VFive, Datuk Hj. Mohd Syafiq Abdullah, menyifatkan sumbangan tersebut sebagai satu langkah simbolik bagi menzahirkan keprihatinan pihak Yayasan VFive terhadap golongan yang memerlukan.

Jumlah lembu korban yang diagihkan oleh Yayasan VFive pada tahun ini adalah dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Datuk Hj. Mohd Syafiq Abdullah juga memanjatkan rasa syukur kerana dapat menyempurnakan sumbangan korban pada tahun ini.

Tambah beliau “Kami berharap usaha ini dapat menghadirkan sinar kebahagiaan buat setiap penerima, terutamanya umat Islam di Malaysia”

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang turut sama terlibat dalam menjayakan program ini,

“Terima kasih diucapkan kepada semua pihak termasuk masjid dan surau di atas kerjasama baik yang diberikan. Insya Allah, inisiatif ini akan diluaskan lagi pada masa akan datang bagi memastikan lebih ramai masyarakat dapat sama-sama dibantu” tambahnya lagi.

Peluang untuk menyemai semangat perpaduan, kebersamaan, dan ketaatan kepada Allah SWT dapat dicapai dengan inisiatif ini

Prinsip Yayasan VFive sepanjang melaksanakan inisiatif ini ialah untuk menerapkan pendekatan bahawa sambutan Hari Raya Aidiladha bukanlah sekadar melaksanakan ibadah korban, tetapi juga peluang untuk menyemai semangat perpaduan, kebersamaan, dan ketaatan kepada Allah SWT.

Orang ramai ataupun mana-mana pihak yang ingin menjalinkan kerjasama atau mendapatkan informasi lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Yayasan VFive, boleh berbuat demikian dengan melayari laman media sosial Yayasan VFive atau menghubungi talian 011-33301889.