Sejumlah syarikat penyedia perkhidmatan selular tempatan sedang memperluaskan liputan rangkaian 5G di seluruh Malaysia. Yes merupakan salah satu syarikat telekomunikasi terawal yang sudah menyediakan rangkaian 5G untuk pengguna di luar sana.
Terbaharu, Yes telah mengemas kini informasi bahawa rangkaian 5G sudah tersedia di beberapa lokasi di negeri Melaka. Antara kawasan yang mempunyai liputan rangkaian tersebut adalah Ayer Keroh dan Bandaraya Melaka.
Baca Juga:
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
Menerusi semakan awal di laman Yes, kawasan yang mempunyai 5G sangatlah terhad setakat ini. Bagaimanapun, perkara ini bakal berubah dari semasa ke semasa kerana syarikat DNB masih dalam proses memperluaskan rangkaian 5G selaras dengan sasaran kerajaan.
Bagaimanapun, pengguna iPhone masih belum boleh mengakses rangkaian 5G setakat ini. Anda boleh lihat senarai peranti yang menyokong Yes 5G menerusi pautan di sini.