Pada dasarnya,  yoga hanya dilihat sebagai senaman fizikal dan mental tradisional yang berasal dari India di mana bakal memberi manfat buat pengamalnya.

Namun begitu, bagi umat Islam kini dinasihatkan untuk tidak menyertai atau mengamalkan senaman yoga kerana dipercayai amalan itu berasal dari ritual agama Hindu.

Perkara ini diberitahu oleh Presiden Persatuan Sukan Yoga Malaysia (MYSA) Prof Dr Lingham Pillai kepada seorang pendakwah bebas, Firdaus Wong.

Perkara itu diceritakan oleh Firdaus Wong, seorang pendakwah bebas sewaktu beliau dikunjungi Dr Lingham ke pejabatnya di Setapak, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di akaun Instagram, Firdaus menceritakan Dr Lingham ada memohon pertolongannya untuk mmenghebahkan mengenai perkara itu kepada umat Islam agar tidak terjebak dengan amalan yoga, selain aktiviti itu juga bertentangan dengan fatwa.

Dalam pertemuan yang berlangsung sekitar dua jam itu, Firdaus berkata Dr Lingham menceritakan kebimbangan beliau mengenai perkara itu kepadanya sambil mengemukakan bukti amalan yoga berasal daripada ritual agama Hindu.

“Orang Islam tidak patut menyertai yoga kerana saya sendiri sebagai seorang beragama Hindu tahu bahawa yoga berasal daripada Hinduisme. Orang Islam sepatutnya menghormati fatwa daripada Jakim yang melarang orang Islam menyertainya.

“Segelintir guru yoga yang mempromosikan yoga kepada orang Islam dengan mengatakan ia membantu mereka menjadi orang Islam lebih baik.

“Yoga berasal daripada Hinduisme. Jadi bagaimana ia boleh menjadikan mereka orang Islam yang lebih baik?” katanya.

Dalam perkembangan sama, Firdaus turut mendedahkan terdapat pihak yang menyalahgunakan logo Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Pesuruhjaya Sukan untuk mempromosikan yoga kepada orang awam termasuk orang Islam.

Susulan itu, beliau berkata pihaknya mengadakan perjumpaan dengan wakil kedua-dua organisasi itu, termasuk melaporkan kepada polis tentang pihak yang didakwa menyalahgunakan logo berkenaan.

Sumber