Pada malam semalam Pengerusi MARA, Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi akaun Facebook telah mengarahkan 6 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Terengganu yang didapati membuli secara fizikal dibuang daripada Maktab.
Arahan itu dikeluarkan selepas pihak polis telah mengenal pasti lima pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kejadian buli terhadap seorang pelajar tingkatan dua di MRSM di Besut, Terengganu.
Baca Juga:
- ‘Alasan Gurauan Tak Diterima, Pembuli Pelajar OKU GIATMARA Bakal Dihukum Tegas’ – Dr Asyraf Wajdi
- ‘7 Pelajar Terlibat Buli Ditamatkan Pengajian MRSM’ – Dr Asyraf Wajdi Tegaskan Tiada Peluang Kedua
- Tegur Jangan Tonton Video Lucah Jadi Punca Mangsa Dibuli Di MRSM Sehingga Tular
“Tiada kompromi atas apa jua alasan. You Touch, You Go.
“Sudah berulang kali saya tegaskan bahawa tiada tempat bagi pembuli di mana-mana MRSM. Apa jua alasan tidak sesekali menghalalkan perbuatan memukul atau apa jua bentuk fizikal yang boleh mencederakan.
“Saya telah mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah MARA untuk tidak sesekali berkompromi dalam hal ini. Semua pelajar yang terlibat hendaklah dibuang daripada Maktab.
“Tidak perlu melayani sebarang rayuan,” kata Dr Asyraf Wajdi.
Pihak polis sebelum ini telah menerima laporan daripada seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas mendakwa dibuli di asrama putera sekolah berkenaan pada malam Selasa lalu.