Hidup sebagai pencipta konten memang sentiasa dipenuhi cabaran terutamanya dalam memerah idea baharu untuk menjadi tatapan umum. Namun, sebahagian daripadanya lebih selesa menggunakan kontroversi untuk menjadi tular.
Seorang pengguna X telah membuat ciapan berhubung rasa tidak senang dengan kewujudan video yang dihasilkan oleh YouTuber tanah air menggunakan wanita berpurdah sebagai konten.
Menerusi video yang tular baru-baru ini, YouTuber terkenal, Ammar Nazhan sekali lagi dikecam kerana membuat konten yang memaparkan seorang wanita berpurdah duduk bersama sekumpulan wanita lain dan lelaki di dalam satu ruang.
Namun yang merisaukan ramai, dalam potongan video yang tular di X itu, wanita berpurdah dilihat cuba mendekati Ammar dan minta untuk menjadi kawan tanpa segan silu.
Dengan berbuat sedemikian, ia seolah-olah menggambarkan wanita berpurdah itu terlalu mahu merapatkan diri dengan lelaki di mana sangat bertentangan dengan tujuan berpurdah iaitu menjaga perbatasan dengan berlainan jantina.
Aku sebenarnya malas nak ambil port pasal Program Bodoh ni. Tapi terpaksa hebahkan pada orang ramai sebab dah nampak level menunggang.
Hang seorang perempuan berpurdah, patut jaga maruah diri, bukan mengeletis nak kat jantan.
Nanti sebab "lakonan" sebeginilah, imej "orang… pic.twitter.com/vfsAkeuNVV
— Zac (@ZacZakirin13) August 6, 2024
Video itu lantas mengundang kecaman netizen dan rata-ratanya merasakan konten sebegini tidak sepatutnya dihasilkan kerana boleh gambaran negatif terhadap wanita berpurdah dan juga agama Islam.
Ramai berpendapat YouTuber itu sengaja menunggang agama demi meraih tontonan yang tinggi. Jadi, mereka berharap agar pihak berkuasa boleh masuk campur dalam membendung kegiatan tidak bermoral ini.