Sebelum ini seorang pencipta kandungan berasal dari Indonesia meluahkan apa yang dirasakan selepas melakukan pengembaraan ke Borneo menggunakan kereta 4×4 milikinya.
Susulan kontennya sedia membandingkan fasiliti dan tahap kehidupan dengan negara tetangga, Ahmad Daffa Urrofi, nampaknya menerima tekanan daripada netizen dari rakyat negaranya sendiri yang meminta dia untuk meninggalkan Indonesia.

Berdasarkan gambar tangkap layar komentar yang ditinggalkan, netizen memperlihatkan betapa bencinya dengan pencipta konten itu malahan menghalau dari dia untuk balik ke tanah air sendiri kerana didakwa sering membuat konten memburukkan negaranya sendiri.
Antara komen yang dilontarkan termasuklah “Pindah saja jadi orang Malaysia bang, akaun pemecah belah kerana isinya cuma membandingkan”.
Umar langsung memberi soalan ‘mengetuk minda’ kepada ‘hater’ yang mahu menghalaunya dari pulang ke Indonesia dek hanya kerana membuat video perbandingan atau memuji akan negara tetangga di dalam kandungannya.
“Kalau ada orang tua yang memberi layanan baik kepada anaknya, adakah solusinya kita harus berpindah keluarga?”
“Kalau rumah kita atapnya bocor, adakah solusinya ganti rumah?”
Dia yang baru sahaja menerokai Brunei, mendapati walaupun mempunyai persamaan yang sama dengan negara asalnya tetap Brunei tampil lebih maju dan makmur.

Umar mengakui walau apa pun yang terjadi atau seburuk mana pun negaranya, dia tetap melihat Indonesia sebagai rumahnya.
Baginya, perbandingan yang dibuat bukan untuk memburukkan atau merendahkan negara sendiri tetapi lebih kepada refleksi untuk dijadikan sebagai teladan buat negara sendiri.