Sebuah pencipta konten terkenal berkaitan stik, Guga Foods baru-baru ini datang melawat ke Malaysia dan berpeluang merasai sejumlah juadah dan masakan tempatan yang enak dari pelbagai kaum.

Siapa sangka YouTuber ini bakal membuat kerja gila di mana mahu membuat stik berasaskan daging yang telah melalui proses penuaan daging secara kering atau bahasa mudahnya dry age kemudian mahu mengetahui rasanya selepas itu.

Apa itu dry age?

Dry age
Sumber Gambar: Robb Report

Untuk makluman, Dry aging atau penuaan kering adalah proses di mana bangkai atau potongan utama daging lembu didedahkan kepada udara dalam persekitaran terkawal, melibatkan suhu, kelembapan, dan aliran udara tertentu, untuk tempoh yang panjang.

Selalunya selepas tempoh tertentu, hasil daging dari teknik khas ini bakal memberikan tekstur daging yang lembut dan paling utama sekali rasanya yang lazat, sekaligus menjadikannya produk premium di dalam pasaran.

Dry age
Sumber Gambar: YouTube

Di dalam video tersebut, dia telah menyediakan bahan utama yang diperlukan termasuklah dua potongan daging stik, durian yang dibeli secara online dan mesin penuaan kering tersebut.

Dry age
Sumber Gambar: YouTube

Dia langsung memotong bahagian daging yang diperlukan dan dibahagikan kepada dua, yang mana satu daripadanya akan disimpan seperti biasa sementara lagi satu akan disapukan lapisan durian pada bahagian dasarnya.

Setelah selesai melalui proses penuaan kering itu selama sebulan, mereka langsung memanggang daging stik tersebut dan kemudian dihidangkan buat sahabat lain.

Dry age
Sumber Gambar: YouTube

Mereka langsung mencuba daging pertama yang disimpan secara biasa dan mengakui betapa sedap rasa dan teksturnya dan kelihatan gembira selepas mengunyah daging itu.

Kemudian, giliran daging yang bersalut durian, pada rupa luarannya, ia nampak normal tetapi baunya tersangat menyengat sekaligus membuatkan mereka loya.

Dry age
Sumber Gambar: YouTube

Sebaik daging itu masuk ke mulut, mereka langsung mengeluarkan semula kerana rasanya yang teruk ditambah bau yang busuk.

YouTuber itu langsung berkata inilah masakan stik yang paling teruk yang pernah dirasainya sepanjang pengalaman hidupnya.

Terbukti resepi paling teruk

Dia mengakui pernah mencuba banyak resepi gila lain bagaimanapun stik ini mengatasi kesemuanya dalam aspek rasa yang paling teruk.

Sementara, kawannya pula menerangkan bahawa stik itu memang mempunyai teksturnya dan rupa daging namun rasanya seumpama durian.

Memenuhi permintaan Uncle Roger

Rupanya dia melakukan perkara ini sebab mendapat permintaan khas dari figura pelawak terkenal tempatan iaitu Uncle Roger.

Bagaimanapun, dia mengakui sangat menikmati makanan tempatan di Malaysia, sehinggakan sedia memasak satu hidangan iaitu pan mee buat rakannya untuk merasai sendiri.

Raja buah iaitu durian sering mendapat jolokan buah busuk oleh warga luar negara kerana baunya yang kuat.