Nampaknya pelbagai kedai mencuba mengembalikan nostalgia zaman dahulu. Jika sebelum ini Inside Scoop tampil dengan aiskrim menggunakan gula-gula White Rabbit dan gula-gula Haw Flakes, kini Yumcha MY pula berkolaborasi dengan Muse Eastery untuk menghasilkan menu minuman ‘White Rabbit’.

Untuk pengetahuan anda, menu baharu tersebut adalah teh susu berperisa gula-gula White Rabbit dihidang bersama butterfly pea boba. Menjadi kelainan apabila pea boba tersebut berwarna biru.

Bagi anda yang ingin mencuba minuman yang cukup istimewa ini, anda boleh membeli di Yumcha MY yang terletak di Petaling Jaya.