Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan bahawa penjawat awam baharu yang berstatus tetap adalah tidak berpencen.

Ini selepas jemaah kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini, namun ianya adalah tidak berpencen menerusi sistem saraan yang baharu.

Baca Juga:

Sebaliknya mereka akan mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menyatakan bahawa pengumuman mengenai tempoh pelaksanaan dasar tersebut akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dalam masa terdekat.

Dipetik dari sumber Buletin Utama, Zahid berkata: “Kabinet meluluskan dasar baharu pengambilan tetap tetapi tidak berpencen.”

Zahid memberitahu pemberita bahawa, kerajaan akan memberikan sumbangan kepada caruman yang dibuat seperti mana yang berlaku dalam sistem sektor swasta.

“Mereka akan mencarum kepada (KWSP) dan Kerajaan memberikan sumbangan sebagaimana lazim yang dilakukan sebelum ini kepada kakitangan swasta. Mana-mana yang layak untuk sumbangan PERKESO juga akan diberikan,” tegas beliau lagi.

Bagi penjawat awam yang sedia ada, mereka akan kekal berpencen. Kerana sistem baharu ini hanya terpakai kepada penjawat awam baharu kelak.

Zahid menambah jika sistem baharu ini tidak dilaksanakan demi kebaikan negara pada jangka masa panjang. Ini selepas kerajaan menilai jumla pencen yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan jika sistem baharu ini tidak dilaksanakan.

Di mana  kerajaan akan menanggung kos mencecah RM120 bilion menjelang 2040 hanya untuk membayar pencen penjawat awam dengan sistem saraan yang sedia ada.

Dalam pada itu, kerajaan turut akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak. Ianya adalah langkah sementara sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan kelak.

Zahid juga yakin bahawa sistem baharu itu akan memberikan kebaikan kepada negara dari segi mengurangkan tanggungan fiskal pada jangka masa yang panjang.