Jenama Zaitun bukanlah satu nama yang asing di pasaran pada tahun 1990an. Lebih lagi slogannya yang ringkas dan mudah diingati, menjadikannya satu jenama kelengkapan mandian halal rebutan orang ramai.

Begitu juga dengan MYDIN jenama pasar raya dan rangkaian runcit Halal tempatan terbesar Malaysia yang sedang mendapat perhatian pengguna media sosial, sentiasa berkongsi hantaran-hantaran yang dekat dengan hati orang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, Facebook Zaitun Industry memuat naik sekeping gambar di mana Zaitun dan MYDIN akan bekerjasama untuk mengembalikan dan memperluaskan jenama halal kelengkapan mandian itu tidak lama lagi.

Kerjasama itu bagi memudahkan orang ramai mendapatkan produk Zaitun melalui cawangan-cawangan pasar raya MYDIN di seluruh Malaysia.

Setakat hari ini ubat gigi Zaitun boleh didapatkan di beberapa pasar raya seperti Segi Fresh, The Store, Pasaraya Pacific, Ikhwan Mart, Lesong Mart, Pasaraya Darussalam dan Malakat Grocer.

Pembelian juga boleh dibuat secara online melalui Shopee dan TikTok mereka.

Anda boleh lebih lanjut mengenai produk ubat gigi Zaitun terbaharu di sini. Gunakan tanpa was-was.