Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai ibadah zakat dan wakaf secara santai selain menggalakkan amalan gaya hidup sihat, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan Al-Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd (alrajhi bank Malaysia) menganjurkan acara Zakat & Wakaf Run 2024.
Dijangka sebanyak 3,000 orang menyertai acara larian tersebut yang akan diadakan pada 15 Disember 2024 bermula jam 7.00 pagi bertempat di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Penyertaan terdiri kepada tiga kategori iaitu 3 kilometer, 5 kilometer serta 7 kilometer dan ianya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia tidak mengira agama dan bangsa.
Yurannya penyertaan adalah serendah RM40 bagi kategori 3 kilometer, RM50 (5 kilometer) dan RM60 (7 kilometer).
Orang ramai yang berminat disarankan agar membuat pendaftaran sebelum 30 November 2024 melalui pautan https://bit.ly/ZAKATWAKAF24 atau https://cps4.me/zakat-wakaf-run.
Bagi meraikan penyertaan orang ramai, setiap peserta turut berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah seperti motosikal, telefon bimbit, basikal, televisyen, multicooker dan banyak lagi.