Pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik berpendapat bahawa Malaysia merupakan negara muslim terbaik untuk didiami oleh umat Islam.

Perkara itu disuarakan oleh pendakwah kelahiran Mumbai, India tersebut dalam satu podcast pencipta kandungan terkenal, Richard Lee seperti yang dilaporkan oleh sumber Berita Satu Indonesia.

Baca Juga:

Menurut beliau, setiap negara mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Namun, beliau percaya Malaysia mempunyai gabungan ciri-ciri yang menjadikannya paling ideal untuk umat Islam.

Zakir Naik

Malaysia Dari Kacamata Zakir Naik

“Pada pandangan saya, dari semua negara yang ada sekarang ini. Di antara mereka, Malaysia adalah tempat terbaik untuk didiami.”

“Sebagai seorang muslim, ini adalah salah satu yang terbaik. [Malaysia] tidak 100 peratus sempurna tetapi terbaik di antara negara-negara lain.”

“Malaysia adalah antara satu-satunya negara Islam yang tidak dikawal oleh pihak luar atau negara bukan Islam.”

“Keduanya, di Malaysia, Islam adalah agama yang dijadikan sebagai agama rasmi negara tersebut. Padahal di Malaysia penduduk muslimnya hanya sekitar 63 peratus.”

Menurut laporan itu lagi, Zakir Naik turut melihat negara-negara dengan penduduk beragama Islam lebih besar seperti Indonesia dan Bangladesh sebagai negara Islam yang tidak mengikut syariah.

“Secara datanya Indonesia paling besar (penduduk beragama Islam). Tetapi dengan jumlah penduduk 80 peratus muslim, tetapi tidak mengikuti Al-Quran dan Sunnah. Mereka disebut negara sekular.”

Zakir Naik

“Sebaliknya Malaysia semua peraturan dan undang-undangnya disesuaikan dengan agama Islam. Tidak penuh syariah Islan tetapi mendekati syariah Islam.”

Selain itu faktor Malaysia sebagai negara neutral dan tidak memiliki potensi konflik besar serta peperangan juga menjadi  hujah Zakir dalam menguatkan pendapatnya.

Beliau turut melihat potensi ekonomi Malaysia yang sangat tinggi dan baik membuatkan kehidupan di sini jauh lebih baik berbanding negara-negara lain.

“Yang terakhir nilai-nilai keislaman di Malaysia sangat baik. Sistem perekonomian syariah di sini adalah yang terbaik. Perbankan Islam, insurans syariah, semuanya disesuaikan dengan syariah Islam.”

“Jadi tinggi di sini jauh lebih baik apabila ingin menjalankan kehidupan sesuai syariah Islam,” tambah beliau lagi.

 

 

Sumber