Zarina Anjoulie membidas segelintir netizen yang menurutnya hipokrit. Ini selepas dia dikecam kerana membuat pembedahan hidung.

Ada netizen menyatakan bahawa hidung lama Zarina Anjoulie adalah lebih cantik.

Zarina Anjoulie menyatakan dahulu ramai yang mengutuk hidungnya. Dan dia meminta peminat faham, tujuan dia membuat pembedahan hidung kerana itu adalah punca rezeki.

Menurut Zarina Anjoulie lagi benda dah jadi dan dia tidak berniat membuka aib sendiri. Lagipun pembedahan hidungnya itu sepenuhnya ditaja oleh Dr Plus.

“Tolonglah faham, ini punca rezeki saya, walaupun duit tak banyak, tetapi duit ini juga saya nak bawa balik bayar yuran sekolah anak dan beli barang dapur dan yuran mengaji dia.

“Bukannya untuk saya nak beli beg baru ke, BMW, atau nak tayang,” tegas Anju.

Dia bagaimanapun menerima teguran daripada orang ramai tanda orang masih peduli dan sayangkannya. Dan berharap suatu hari nanti teguran tersebut menjadikannya seorang muslimah yang lebih baik.

Zarina berkata: “Sayang kamu semua banyak banyak kerana sudi tegur dan prihatin, bermakna ramai yang masih lagi sayang.

“Anju ambik benda ni dari sudut positive sahaja. Mana la tau satu hari I choose a different path and way to live to become a better muslim because of all of you [saya memilih haluan berbeza dan cara untuk menjadi seorang muslimah lebih baik kerana kamu semua].

“Kamu semua pun tahu Anju ni bukan jenis nak riak jenis menunjuk-nunjuk kat instagram apa yang saya ada.

“Sejujurnya saya tidak ada apa apa pun, saya gembira sahaja dengan kehidupan sederhana saya. Inilah saya. Tetapi Insyallah mana tahu dengan doa korang semua saya akan berubah suatu hari nanti. Amin.

“Tak mengapa, benda dah pun jadi. Sebagai seorang ibu tunggal mencari rezeki untuk anak macam ni lah. Anda semua kena faham kerja saya terhad.

“Reviu saya pun tak banyak dan murah murah. Apa saya boleh buat demi tanggung anak, saya buat.

“Tetapi kalaulah ada orang nak ambil saya kerja jadi PA ke tukang masak ke, saya ok sahaka . Dan, terima kasih atas sokongan anda.”