Pempengaruh media sosial, Zhiddin Aziz meluahkan rasa terkejut apabila berdepan situasi didekati oleh seorang individu yang meminta mahu lakukan hubungan seks ketika dia berada di tanah suci, Mekah.
Menerusi hantaran di Instagram, dia telah memuat naik satu video detik perbualannya dengan seorang lelaki di lobi hotelnya sewaktu menunggu ibunya.
“Ini saya berada di lobi hotel Makkah, hanya lima minit dari Kaabah tetapi perangai orang begini tetap ada. Video ini untuk mengingatkan walau di mana pun kita berada, dosa itu tetap ada,” katanya menerusi penerangan di video.
Melalui video tersebut, pempengaruh berusia 22 tahun ini telah merakam perbualan antaranya dengan seorang lelaki yang dipercayai penduduk di kawasan tersebut.
Pada awalnya, lelaki yang mendekati Zhiddin bertanya sama ada dia bersendirian di Mekah namun diberitahu bersama ibunya di Tanah Suci.
Lelaki terbabit kemudian untuk membawanya ke bilik hotel Zhiddin agar mereka dapat meluangkan masa bersendirian, bagaimanapun ditepis dan bertanya niat sebenar lelaki tersebut.
“Terus terang awak ni gay ke?,” soalnya kepada lelaki itu.
Lelaki itu mendedahkan dia sebenarnya suka dengan kaum sejenis. Zhiddin lalu mempersoalkan jika lelaki terbabit mahu melakukan hubungan seks dengannya.
Tanpa segan silu, lelaki yang mendekati pempengaruh itu langsung mengiyakan perkara tersebut namun Zhiddin dengan pantas menolak permintaan mengarut itu dan meminta agar lelaki itu beredar dari situ.
“Kalau itu niat awak, simpan sahaja. Saya tak mahu menjadi salah satu daripada anda. Tolong tinggalkan saya. Saya tak mahu dalam perbualan ini lagi,” kata Zhiddin dengan tegas.
Lelaki itu kemudian memohon maaf sebelum berdiri meninggalkan Zhiddin di ruangan lobi tersebut namun sempat menyentuh tangan Zhiddin sedikit.
Dapat dilihat sosok seorang lelaki mengenakan pakaian Arab yang sedang beredar pada akhir video tersebut. Difahamkan ini bukanlah kali pertama telah diganggu sepanjang berada di Tanah Suci dan lelaki itu juga sengaja menyentuh Zhiddin ketika perbualan.
Hantaran dengan kapysen cukup ringkas iaitu Disebalik Mekah ini cukup memberikan kesan yang mendalam kepada pengikutnya.
Menjengah ke ruanga komentar, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan kejadian tersebut kerana masih ada segelintir individu yang berani mengajak orang lain melakukan perkara terkutuk di Tanah Suci.


Bahkan, ada yang mengiyakan perkara ini sememangnya berlaku di Tanah Suci namun tidak dihebahkan mungkin kerana tidak sempat mengambil video dan seumpamanya oleh mangsa.