Indonesia bertarung perlawanan hidup mati untuk aksi play off kedua untuk kelayakan Piala Dunia 2026 zon Asia.
Mereka sebelum ini kalah di tangan Arab Saudi, dan lawan mereka pada perlawanan kedua adalah Iraq.
Namun agak malang buat Sang Garuda, kerana Iraq mendapat gol tunggal perlawanan menerusi Zidane Iqbal pada minit ke-76, yang sudah cukup untuk Iraq memenangi perlawanan ini.

Indonesia tampil dengan aksi lebih dominan, namun agak tumpul di hadapan gol.
Pada lewat perlawanan, Indonesia meminta sepakan penalti, namun pengadil tidak memberikannya kerana ofsaid. Walaupun pengadil melayangkan kad merah kepada pemain Iraq, Zaid Tahseen kerana aksi permainan bahaya.
Patrick Kluivert dan pemain pemainnya terpaksa menerima kekalahan yang sangat perit walaupun aksi mereka kali ini jauh lebih baik berbanding aksi menentang Arab Saudi.
Indonesia menjadi pasukan Asia Tenggara paling jauh mara dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Dan sudah tentunya mereka berharap projek bola sepak mereka akan membantu mereka layak ke Piala Dunia 2030, kira kira 5 tahun akan datang.
Apapun, syabas kepada Indonesia.