Setahun yang lepas kami pernah berkongsi tentang anak muda ini yang telah mengembara ke UK semata-mata untuk memantapkan skil dan menambah ilmu berkaitan perniagaan kedai gunting rambut. Beliau yang dimaksudkan adalah Zulfa Kamaruzaman, seorang ‘barber’ sepenuh masa.

Anda boleh baca kisah bagaimana kerana Mahu Jadi ‘Barber’ Berjaya Zulfa Sanggup Berkelana Timba Pengalaman Di UK di sini.

zulfa-kamaruzaman-27

Namun selepas kembali ke Malaysia, bekas majikan di UK telah beberapa kali memujuk dan meminta Zulfa bekerja semula di sana. Dan akhirnya setelah memikirkan dengan mendalam, dengan berat hati Zulfa kembali ke negara Ratu Elizabeth ini.

Tapi untuk artikel kali ini, ia bukan tentang kerja Zulfa di UK yang ingin kami kongsikan. Tetapi bagaimana Zulfa berjaya menggabungkan minat travel dan kerjaya sebagai ‘barber’ menjadi satu pemasaran unik untuk kedai gunting rambut beliau.

Contohnya gambar di bawah yang diambil di Stonehegde, UK dan kemudiannya dimuat naik dan dikongsikan di Facebook oleh Zulfa semalam. Biasanya gambar begini pasti menarik perhatian para pengguna Facebook dan diwaktu yang sama dapat membantu mempromosikan kedai gunting rambut beliau di Malaysia.

zulfa-kamaruzaman-1

zulfa-kamaruzaman-4

zulfa-kamaruzaman-6

zulfa-kamaruzaman-7

From Selayang to Stonehenge. Bila saya backpack mesti bawa sekali alat gunting. Dan cari port cun untuk ambil gambar dan saya frame kan untuk digantung di barbershop saya di Selayang. Kalau korang nak tahu masa ambil gambar ni ramai gila pelancong ambil gambar aku. Rasa segan ada, bangga pun ada…” – Zulfa.

Untuk pengetahuan ini bukanlah kali pertama Zulfa mengembara sambil menggunting rambut. Pada awal tahun ini Zulfa pernah ke Bromo, Indonesia dan menggunting rambut di sana.

zulfa-kamaruzaman-9

zulfa-kamaruzaman-10

Selain dari itu Zulfa juga pernah beberapa kali mengembara ke Thailand dengan kereta Wolksvagen yang telah diubah suai dan menawarkan khidmat gunting rambut sewaktu trip tersebut.

zulfa-kamaruzaman-11

zulfa-kamaruzaman-12

zulfa-kamaruzaman-13

zulfa-kamaruzaman-14

zulfa-kamaruzaman-15

zulfa-kamaruzaman-16

zulfa-kamaruzaman-17

zulfa-kamaruzaman-18

zulfa-kamaruzaman-21

zulfa-kamaruzaman-19

zulfa-kamaruzaman-20

zulfa-kamaruzaman-22

zulfa-kamaruzaman-23

zulfa-kamaruzaman-24

zulfa-kamaruzaman-25

Menurut Zulfa, biasanya ramai yang akan datang melihat, ambil gambar dan mahu gunting rambut setiap kali beliau membuka ‘kedai sementara’ seperti ini.

Siapa sangka bermula dengan sekadar menggunting rambut rakan sekolah di tepi longkang, kini Zulfa telah melangkah lebih jauh dan telah berjaya membuka 2 kedai gunting rambut iaitu di Selayang dan di Batu Caves.

Kedai pertama beliau PAPA HAIR DRESSING beralamat di no 142 Jalan 11, Selayang Baru telah beroperasi selama 13 tahun. Sementara kedai kedua Zulfa di Batu Caves baru saja dibuka pada tahun ini.

Di zaman viral di sosial media sekarang ini, jika kena cara memang mudah untuk buat pemasaran untuk perniagaan. Asal saja kreatif dan membawa mesej positif seperti mana yang dilakukan oleh Zulfa ini.

Baca lagi: Ini 4 Elemen Penting Jika Mahukan Pemasaran Anda Berkesan Dan Viral Di Media Sosial