Sebut saja Kalanishkov, bagi mereka yang mengikut industri persenjataan pasti tahu tentang jenama yang menjadi pengeluar senjata mega di Rusia ini.

kalashnikov-1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Izhmash – merupakan pengeluar terbesar produk ketenteraan seperti senjata automatik dan snipper, peluru meriam, serta pelbagai produk senjata untuk awam seperti senapang patah, senapang sukan dan peralatan untuk mesin.

kalashnikov-2

Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1807 di Izhevsk, sebuah bandar yang terkenal dengan sejarah ‘gunsmith’ yang terletak kira-kira 600 batu ke utara-timur Moscow.

kalashnikov-3

Bangunan kilang senjata ini merupakan yang pertama mengeluarkan senjata Rifle AK-47 berskala besar yang kemudiannya mengubah lanskap pengeluaran senjata kepada saiz yang lebih kecil. Kalanishkov merupakan antara siri ciptaan senapang serangan paling cemerlang pada abad ke-20.

kalashnikov-4

Semuanya bermula sewaktu perang Great Warrior meletus, seorang pemandu kereta kebal bernama Mikhail Kalashnikov yang menyertai barisan hadapan telah mengalami kecederaan teruk. Sewaktu terlantar di katil, Mikhail mula berfikir untuk mencipta ‘submesin gun’ yang sangat diperlukan oleh tentera Rusia yang sedang berjuang di medan perang pada ketika itu.

kalashnikov-5

Tanpa sebarang latihan dan pengalaman kejuruteraan, Kalanishkov mula melakar, mereka bentuk, melakukan ujian dan berbincang dengan mereka yang pakar dalam bidang senjata. Beliau akhirnya ditawarkan bekerja dengan biro rekabentuk tentera dan menerima latihan secara professional.

kalashnikov-6

Dari awal Kalanishkov telah menetapkan prinsip reka bentuk bagaimanakah yang beliau inginkan pada rifel ciptaannya; ringkas dan boleh dipercayai penggunanya. Walau bagaimana pun, kejayaan bukanlah mudah baginya. Hanya pada tahun 1947 selepas beberapa siri kegagalan pada prototaip yang dibina, rekabentuk ciptaan Kalanishkov telah diterima sewaktu dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh ajensi pertahanan.

kalashnikov-7

Meskipun menerima saingan sengit dari pengeluar senjata ternama lain di pertandingan tersebut, Kalanishkov layak ke pusingan ke 2 dan seterusnya mara ke pusingan akhir.

kalashnikov-8

Pada tahun 1949, Kalanishkov melihat ciptaan beliau mula diterima sebagai satu standard senjata tentera Rusia. Beliau kemudiannya menerima anugerah Stalin, satu anugerah yang berprestij. Sejak itu beliau menghabiskan 60 tahun hidupnya bagi menambah baik ciptaannya.

kalashnikov-9

Hingga ke akhir hayatnya pada tahun 2013 Kalanishkov yakin senapang AK yang telah dinaik taraf itu akan kekal menguasai pasaran untuk sekurang-kurangnya 25 tahun akan datang sehingga senapang kartrij yang berkuasa tinggi dan lebih baik dicipta. Secara umum, pembuat senjata akan terus mereka bentuk senjata untuk ketepatan yang lebih baik dan mampu menembusi perisai badan yang lebih moden serta halangan cahaya.

kalashnikov-10

Sehingga kini, senjata yang dikeluarkan dari kota “Izhmash” ini telah dipasarkan ke 27 negara termasuk US, UK, Jerman, Norway, Itali, Kanada, Kazakhstan dan Thailand. Pada Ogos 2013,  Izhmash dan Izhevsk Mechanical Plant telah bergabung dan dinamakan dengan nama baru iaitu Kalashnikov Concern.

Sumber: Russia Beyond The Headline

BACA: Kerana Kecewa Dengan Ferrari, Lamborghini Cipta Kereta Sendiri

BACA juga: 9 Sebab Kenapa Sultan Brunei Dikagumi Ramai

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram